ALUTOK MAHU TRANSFORMASI

Najib dilihat sebagai pemimpin yang boleh mentransformasikan
kehendak rakyat menjadi realiti
“Kami bukan menolak Barisan (BN), kami hanya mahu kebajikan kami didengar dan ditunaikan,” kata Marusim Paliton, Pengerusi JKKK Kampung Alutok. Beliau berkata demikian semasa perasmian Mesyuarat Agung Cawangan, Parti Bersatu Sabah (PBS) di kampung Alutok.
Menurut Marusim, penduduk di kampung Kaang dan Alutok di bawa jagaanya sudah lama menunggu jalanraya dari simpang Lalang ke kampung Alutok dinaik taraf. Ini kerana jalan berkenaan berada dalam keadaan sangat mendesak untuk dipulihkan.
Turut terlibat dengan kesulitan jalan berkenaan ialah kampung Malutut. Dianggapkan seramai 530 orang penduduk tinggal di ketiga-tiga kampung berkenaan. Jalan yang daif ini merupakan nadi kehidupan masyarakat dengan luar.
Menurut cikgu Azhar (samaran), jalanraya ini menyebabkan perhubungan antara Sekolah Kebangsaan Bakuku di kampung Alutok dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tenom kadangkala terputus dan menyulitkan kelancaran perjalanan sekolah. Selain itu, turut menyukarkan guru berulang-alik.
“Kenderaan perhubungan ke kampung ini terdiri dari kenderaan pacuan empat roda. Malangnya kadangkala kenderaan berkenaan pun terkandas terutama di kawasan berbukit dekat Malutut,” keluhnya dengan sedih.
Sementara itu, Ketua Pemuda PBS Bahagian, Rijory Basar memberitahu bahawa selain pelaksanaan projek yang tidak mengikut spesifikasi, penduduk turut menyalahkan kerajaan sebagai penipu dan pilih kasih.
“Mereka memberitahu kerajaan banyak berjanji tapi liat menunaikan janji. Lagi pula kononnya lebih banyak pengagihan PPRT, projek baik-pulih jalanraya berturap di kawasan dekat bandar sedangkan jalan di sini tidak mendapat pembaik-pulihan sewajarnya.
Terus terang, kami sebagai pemimpin akar bertungkus lumus membela kerajaan. Kami mengatakan kerajaan di bawah pimpinan PM, Datuk Seri Najib perihatin. Masalahnya segelintir pemimpin yang bermasalah menyebabkan seolah-olah kerajaan dan BN sebagai tidak berhati parut,” kata Rijory.
Mesyuarat berkenaan yang dirasmikan oleh Puan Sabini Binti Ansumor selaku Ketua Bahagian PBS menasihati penduduk agar bersabar. Dalam masa yang sama, PBS Kemabong akan menyuarakan permasalah penduduk ini untuk perhatian pemimpin berkenaan.
“Saya memahami perasaan kamu dan duka cita dengan kelemahan pelaksanaan dan pemantauan terhadapan projek pembangunan dan kebajikan rakyat. Kita sedar kerajaan banyak meluluskan peruntukkan dan mengadakan program yang bermanafaat kepada rakyat. Masalahnya sejauh mana pemimpin dan agensi teertentu menjiwai konsep, ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan,” kata Sabini.
Sabini berpendapat, jika suara rakyat gagal diterjemahkan dalam bentuk tindakan bersesuai, rakyat akan menghukum kerajaan dengan mengalihkan sokongan kepada pembangkang.
“Apa yang penting bagi saya ialah kerajaan memenangkan hati rakyat dengan merungkai punca masalah. Hanya dengan kembali kepada punca permasalahan dan mengatasinya maka keyakinan rakyat akan pulih,” kata Sabini.
Mengakui tugas berkenaan sebagai berat, Sabini yakin dengan transformasi kepimpinan, kelemahan akan dapat di atasi tanpa menukar kerajaan.
“Seumpama bermain bola tampar. Jika ada pemain yang lemah, kita terpaksa tukar dengan pemain baru yang lebih cergas dan mahir. Biarlah pemain itu direhatkan atau ambil angin lain,” kata Sabini merujuk kepada segelintir pemimpin pertengahan dalam kerajaan yang lalai, lupa diri, angkuh atau rasuah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: