Mendekati Isu Part2: Tanah Adat

ISU TANAH
Isu berkaitan tanah di Kemabong dapat dibahagikan kepada tiga. Isu-isu berkenaan ialah
  1. Tanah Adat
  2. Geran Komunal
  3. Permohonan Tanah
Tanah Adat:
Menurut Ordinan Tanah Sabah Bab 68, sesuatu kawasan
akan diiktiraf sebagai kawasan Tanah Adat jika mana-mana daripada terma
berikut dipatuhi:
  1. Perolehan tanah menurut Pegangan Adat/Kaum (di mana termanya diterangkan di “Seksyen 65”);
  2. Tanah yang ditanami dengan buah-buahan, di mana jumlah pokok adalah antara 50 atau lebih pada setiap hektar;
  3. Pengasingan
    pokok buah-buahan, sagu, rotan atau lain-lain tanaman yang mempunyai
    nilai komersial yang mana dapat dibuktikan oleh penuntut kepada
    pemunggut tanpa keraguan;
  4. Tanah perladangan/ternakan;
  5. Tanah yang telah dimajukan atau diusahakan dalam masa tiga tahun berturut-turut;
  6. Tanah perkuburan atau tempat keramat;
  7. Jalan masuk biasa bagi orang atau binatang.
 Keratan ini disebarkan/ditampalkan oleh PACOS

Manakala undang-undang
Kanun Tanah Sarawak 1957, kedudukan tanah adat Bumiputra [‘native customary land’ (NCL)]
memang diakui.
Menurut Brimas (1999)  Seksyen 2 (a) Kanun Tanah Sarawak, tanah adat Bumiputra (NCL)
didefinisikan sebagai “tanah di mana hak adat Bumiputra (NCR) telah
didapati secara komunal ataupun selainnya mengikut undang-undang sebelum 1hb
Januari 1958 dan masih lagi sah diperlakukan
”. 
Tuntutan penduduk Kemabong untuk pengiktirafan terhadap tanah adat telah wujud sejak sekian lama. Malangnya, usaha berkenaan tidak sistematik dan terkelompok. Ini menyebabkan tuntutan mereka kurang mendapat respon dan pembelaan yang berfokus.
Usaha menyeragamkan tuntutan penduduk diusahakan mulanya oleh YB Datuk Rubin pada sekitar tahun 1996. Menurut Anduul Ekup, tujuh kawasan tuntutan telah dikemukakan oleh wakil penduduk dan dibawa dalam beberapa mesyuarat.
Selepas mendapat maklumbalas  dari penduduk semasa sesi turun ke padang, maka pada tahun 2010, Sabini Ansumor telah mengusahakan agar penduduk mengemukakan semula tuntutan secara berkelompok. Sebanyak 24 tuntutan mewakili sekitar 2000 peserta dikemukakan kepada kepimpinan PBS, Tan Sri DSP Joseph Pairin Datuk Kitingan dan pihak tertentu seperti SUHAKAM.
Pada dasarnya tuntutan terhadap kawasan yang didakwa berstatus Tanah Adat ini mempunyai kewajarannya, apatah lagi jika merujuk kepada dalil-dalil tuntutan yang dikemukakan. Namun jika merujuk kepada terma-terma yang digariskan dalam  Ordinan Tanah Sabah Bab 68.
Tiga tekanan utama terhadap penduduk membuat tuntutan ialah:
  1. Pewartaan Hutan Simpan (HS) yang menyebabkan kawasan perkampungan dalam HS dianggap sebagai perkampungan haram.
  2. Pewartaan kawasan konsensi syarikat seperti SFI.
  3. Kesedaran dan desakan keperluan tanah.
Menurut
mereka, antara sebab mereka patuh pada arahan kerajaan ketika itu ialah
kononnya untuk mendapatkan kemudahan asas dan dekat dengan sekolah.
Jadi mereka perlu tinggalkan kampung sementara. Tidak sangka pula
kampung mereka diwartakan sebagai HS atau konsensi.
Pewartaan sebagai HS dan konsensi ini menafikan hak penduduk untuk mengusaha,
mendiami, mendapat kemudahan asas dan hak pemilikan terhadap tanah di
kawasan tuntutan mereka.
Sedangkan asas terhadap tuntutan mereka ialah kawasan tuntutan berkenaan pernah atau sedang, ‘diusahakan’, ‘didiami’ dan ini dibuktikan dengan tanaman, kuburan dan perkampungan. 
Ini mewujudkan dua kategori tanah adat iaitu (i) kawasan telah ditinggalkan akibat arahan/pujukan pihak kerajaan terdahulu (USNO), dan (ii) kawasan yang masih didiami dan diusahakan penduduk sehingga kini. 

Konflik memuncak akhir-akhir ini apabila:
  1. Pekerja Jabatan Perhutanan menebang rumah kebun penduduk di kawasan yang mempunyai tanah adat;
  2. Penduduk diberi notis atau ditakut-takutkan oleh pihak berkenaan;
  3. Penduduk ‘terasa’ dengan nasib yang berlaku dengan penuntut di kawasan Imahit dan keputusan Mahkamah;
  4. Campurtangan badan NGO seperti JAOS dan PACOS Trust;
  5. Usaha sebagai orang tengah oleh PBS Kemabong;
  6. Pengaliran masuk pelbagai media informasi;
  7. Campurtangan dan eksploitasi dari parti pembangkang;
  8. Merebaknya kawasan yang diusahakan SFI/konsensi lebih ke hulu mengejar kawasan konsesi.
Sabini menyerahkan Memorandum tuntutan Tanah Adat kepada SUHAKAM
PBS di Kemabong pada dasarnya menyokong tuntutan penduduk terhadap Tanah Adat ini dan tidak mahu kebajikan dan hak penduduk dipinggirkan. Lantaran itu, kawasan yang dituntut berkenaan jika terbukti mematuhi salah satu terma melalui penyiasatan yang sistematik dan telus, perlu dikembalikan kepada penuntut mengikut keluasan yang sesuai. Kawasan berkenaan tidak boleh diberi kepada penduduk atau syarikat luar dengan tanpa persetujuan majoriti penduduk asal kawasan berkenaan.
Malangnya usaha perjuangan penuntut dan penambah-baikan ini bukan mudah memandangkan kehebatan media informasi, peranan NGO, SUHAKAM dan pembangkang. Selain itu, wujud segelintir individu dalam portfolio tertentu ‘menutupi’, ‘melabel’, ‘menyisihkan’ isu ini demi agenda tertentu. Ini menambah-burukkan  keadaan sehingga penuntut berang sehingga mendapat simpati dan kesedaran penduduk lain dan lebih teruk dijadikan bahan pembangkang.
Contohnya, kenyataan oleh Peguam Besar Sabah, Redolic mengatakan ‘tidak
ada lagi tanah adat sejak 1930’ mengundang kemarahan umum termasuk dari
Tan Sri Bernad Dompok dan Datuk Seri Maximus Ongkili. 

Jadi apakah yang penduduk mahu? Jawapannya mudah yakni:
1.  Keluarkan Tanah Adat dari Hutan Simpan atau konsensi.
2.  Tanah adat diberikan hanya kepada penuntut Orang Asal.
3.  Tanah adat itu diberikan geran pemilikan.


Terdapat usaha kerajaan untuk memecahkan kebuntuan ini dengan mengeluarkan kawasan Tanah Adat berkenaan menjadi Tanah Kerajaan yang boleh dipohon penduduk sama ada dalam bentuk geran persendirian atau geran komunal. Malangnya usaha ini nampaknya mendapat protes sebahagian rakyat.

Walhal umum melihat ini sebagai langkah awal untuk memenuhi tuntutan penduduk. Isu tanah ini dianggap sensitif pada pandangan penduduk bila dikaitkan dengan geran komunal dan Projek MESEJ.

Segelintir pemimpin melihat punca mekanisma menyebabkan timbulnya kepincangan pelaksanaan dan ketirisan pihak pelaksana, manakala pihak NGO dan pembangkang mengapi-apikan penduduk kononnya pemimpin kerajaan yang diterajui UMNO/BN mempunyai agenda jahat yang terancang.

Justeru itu, mahu tidak mahu geran komunal dan Projek MESEJ ini hendaklah diselidiki untuk mendapatkan gambaran jelas.


Geran Komunal… (bersambung)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: