Mendekati Isu Part1: Sekolah Menengah

Menjelang pilihanraya ini, pelbagai isu dibangkitkan, tidak kira oleh pembangkang, penduduk setempat mahupun kerajaan. Isu-isu ini diutarakan atas andaian bahawa ianya signifikan dengan kehendak rakyat dan wujud keperluan untuk tindakan pembetulan mahupun penambah-baikan. Malangnya sesetengah isu ini dianggap sebagai serangan peribadi atau berniat memalitkan lumpur ke muka parti tertentu.
Sebagai ahli politik dan warga yang sentiasa turun ke akar umbi dan berdamping dengan rakyat, maka wujud keperluan untuk kita mengkaji, mencerakin dan mengambil tindakan perlu atau sekurang-kurangnya menyatakan pendirian berhubung sesuatu isu berkenaan.
Lantaran itu, kami dalam PBS Bahagian Kemabong dengan melihat pada skop Kemabong, merasa terpanggil untuk mengutarakan atau menjawab beberapa isu. Pun begitu, kita mohon pandangan ini dianggap sebagai perkongsian ilmu dan jika betul, jadikan sebagai tauladan dan sempadan. Terpulanglah kepada saudara-saudara menapis kerana kita percaya, warga Malaysia semakin matang berdasarkan perspektif tersendiri.
Sekolah SMK Kemabong yang cantik tidak dapat lagi menampung pelajar yang ramai

Isu Pembangunan Modal Insan (Pembinaan Sekolah Menengah di Kemabong/Kuala Tomani)
Terdapat keluhan yang jelas dari kalangan penduduk setempat Kemabong, memohon agar sebuah sekolah menengah didirikan di Kemabong. Meskipun setakat ini dua buah sekolah menengah telah beroperasi dalam bahagian ini, kita dapati ianya jauh dari memenuhi keperluan dan permintaan. Setakat ini sekolah sedia ada ialah SMK Kemabong (SMKK) dan SMK Chinta Mata (SMKCM).
Dengan mengambil kira bekalan pelajar melebihi 2200 pelajar yang mengunakan sekolah menengah, kita dapati SMKK hanya berupaya menampung kira-kira 1500 pelajar dan selebihnya oleh SMKCM. Lokasi kedudukan SMKCM yang lebih ke hilir dekat Pekan Tenom menyebabkan lokasinya kurang strategik bagi ‘Feeder School’. Lantaran itu, ibubapa pelajar cenderung memilih SMKK menyebabkan sekolah ini terpaksa mengadakan sekolah dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Ini berlaku kerana kurang kelas dan prasarana sokongan.
Jika SMKK mahu dijadikan sekolah satu sesi dengan tujuan supaya dapat melaksanakan aktiviti seperti sekolah yang lain, maka sekolah ini perlu mengurangkan jumlah pelajar. Pengurangan berkenaan memerlukan sebuah sekolah yang berdekatan dengan ‘feeder School’ dan sangat mendesak. Ini  meliputi keperluan bangunan sekolah dan kemudahan belajar bagi pelajar dari Tingkatan 1 hingga 6.
Jika pembinaan sekolah baru ini berjaya, SMKK akan mendapat bekalan pelajar dari SK Kemabong, SK Gumisi, SK Katubu, SK Sumambu, SK Rundum, SK Kapulu, SK Baru Jumpa, SK Masanoi, SK Kolorok. Dianggarkan sekitar 900 pelajar mampu dibekalkan ke sekolah berkenaan datangnya dari sekolah berkenaan. SMKCM pula menerima bekalan pelajar dari SK Chinta Mata, SK Sapong, SK Sungai Api, SK Bamban dan sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan (SRJK) dengan anggaran pelajar sekitar 600 pelajar.
Justeru itu wujud keperluan untuk mendirikan sebuah sekolah berasrama di Kuala Tomani.
Bekalan pelajar datangnya dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tomani, SK
Kungkular, SK Bakuku, SK Ulu Tomani, SK Simpang dan SK Tilis.
Dianggarkan seramai 850 pelajar boleh belajar di sekolah baru ini.
sememangnya usaha untuk membina sebuah sekolah telah dibuat di Kemabong sebelum ini di mana tapaknya disasarkan di kawasan RTM atau Kuala Tomani. Memandangkan wujud masalah penyediaan tapak, maka peruntukkan ditarik ke tapak alternatif di kampung Chinta Mata. Ini menyebabkan keperluan penduduk di kawasan pedalaman belum terjawab dan masih lagi membebankan ibubapa serta SMKK. Justeru itu, isu ini dianggap logik dan mendesak untuk dibangkitkan oleh rakyat dan pemimpin setempat.
Walau bagaimanapun, kita mesti bersedia dengan beberapa jawapan jika mahu peruntukkan pembinaan sekolah dalam RMK-11 ditarik Kuala Tomani atau jika terpaksa, berdekatan Kemabong. Pra-syarat yang utama ialah kemampuan untuk meyakinkan kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa wujud keperluan. Untuk perkara ini, kita mesti ada ‘Team Work’ yang mampu menyediakan kertas kerja berkualiti dan efisi. Ke dua kita mesti ada tapak dan tapak berkenaan mesti di kawasan yang strategik. Ibubapa dan pemimpin masyarakat perlu seiya menyokong permohonan berkenaan dan kalau boleh mencadangkan tapak yang sesuai pada kos yang berpatutan.
Masalah pendawaian elektrik yang uzur di sekolah 
menaraik perhatian Timbalan Menteri KPM.
Menurut Sabini (Ketua Bahagian PBS Kemabong), usaha untuk melobi peruntukkan pembinaan sekolah berkenaan perlu diteruskan meskipun mengambil masa. “Kita mahu ianya dibina semasa RMK-11, 12 tetapi kita perlu sedar bahawa kemungkinan ianya hanya ada peruntukkan pada RMK-12, 13. Kecuali jika ada peruntukkan kilat tetapi ini bukan selalu. Namun apa yang penting, usaha kena mula sekarang dan jangan bertangguh. Jadi jika boleh, kita terus kejar dan yakinkan pihak berkenaan,” kata beliau.
Bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: