Warga Emas Dinafikan Bantuan?

Papar, 20 Februari 2012. Seorang warga emas, Encik Alex Akim @ Onong yang berumur 77 tahun telah dinafikan layak menerima bantuan kebajikan. Berdasarkan rekod, warga tua ini baru dikeluarkan dari Hospital kerana lumpuh separuh badan akibat strok. 
Alex ditengah diapit oleh Sabini (kiri) dan Mointim (kanan)
“Dia ditahan di HEQ selama beberapa hari dan hasil rawatan doktor, dia kemudian pindah ke Hospital Papar. Hasil rawatan doktor, dia dibenarkan pulang ke rumah dan dijaga di rumah anak (sulong) kami,” cerita Puan Mointim Sikah, isteri warga tua berkenaan.
“Beberapa hari yang lalu, pihak Kebajikan Masyarakat mengarahkan dia hadir ke pejabat. Dia fikir akan menerima bantuan yang sudah tertunggak beberapa bulan. Sebaliknya dia diarah untuk menyerahkan kad dan dimaklumkan tidak lagi layak menerima bantuan.
Saya tidak pasti alasan yang diberi, (macam) kononnya isteri dapat bantuan warga tua jadi dia sudah tidak layak,” tambahnya lagi.
Puan Sabini Ansumor selaku Exco Pergerakan Wanita PBS Sabah telah dimaklumkan berkenaan hal ini dan berasa simpati dengan nasib Encik Alex. 
Menurut Puan Sabini, dia akan berhubung dengan pihak Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan maklumbalas. Walau bagaimanapun beliau mahu pihak berkenaan peka akan situasi warga tua dan sentiasa berhemah ketika menjalankan tugas.
Definisi Warga Emas
Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini  berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982″ di Vienna.
Bantuan Kewangan
Bantuan
Orang Tua (BOT) yang diberikan RM300 sebulan seorang sebagai saraan
hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal
dalam komuniti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: