Mahunsop Dahaga Pembangunan Sosio-ekonomi

7 Februri 2012, Ulu Tomani. Penduduk kampung Mahunsop merayu kerajaan membantu mereka membangunkan sosio-ekonomi. Pembangunan sosio-ekonomi penting untuk melonjakkan taraf hidup mereka menjadi lebih baik dari sekarang.
Sabini berbincang dengan Datuk Raimie berhubung bibit getah
Semasa sesi dialog, Larau Abau, PJKKK kampung Mahunsop memohon kerajaan memperkenalkan kelompok penanaman getah. Menurutnya, kemasukan Lembaga Tabung Getah atau RISDA ke kampung akan memberikan peluang kepada penduduk menambah hasil pendapatan menerusi penanaman yang lebih sistematik dan bibit yang berkualiti.
“Jika ekonomi kami meningkat, taraf hidup kami juga akan meningkat. Kami tidak mempunyai kemampuan modal untuk membuka tanah dan membeli bibit tetapi jika agensi kerajaan masuk, kami tidak akan lokek (menyumbang) tenaga untuk kebaikan bersama,” kata Larau.
Timbalan Ketua Bahagian, Amat Ukab membincangkan isu geran tanah
Petrus Ipang pula mengesa agar permohonan tanah diproses dan diluluskan segera. Menurutnya, permohonan yang dikemukakan pada tahun 1983 sehingga kini belum ada maklumbalas. Manakala permohonan yang mendapat RSP pada tahun 1999 pula belum diukur sehingga kini.
Datuk Raimie memandang berat aduan berkenaan dan melahirkan rasa kesal di atas kelemahan Jabatan Tanah dan Ukur (JTDU) yang dianggap sebagai ‘masih boleh diperbaiki’. Berdasarkan cadangan Encik Kisa yang mewakili CDO Kemabong Encik Gan, Datuk Raimie mengarahkan PJKKK menyenaraikan nama dan butiran permohonan peserta untuk diajukan kepada JTDU untuk tindakan lanjut.
Mengulas berkaitan perkara ini, Sabini Ansumor selaku Ketua Bahagian PBS Kemabong mendesak JTDU untuk berusaha keras dan mencari inisiatif guna menyelesaikan kes kelewatan memproses permohonan tanah.
“Kita mahu tahu adakah pemprosesan berkenaan berjalan dengan teratur. (Sebenarnya) Penduduk mahu tahu adakah permohonan mereka berjaya atau tidak. Kalau gagal kenapa? Kalau berjaya, bila keluar RSP? Kalau RSP sudah keluar, bila ukur?,” ulas Sabini.
Ketua Pemuda, Rijony Basar dan Naib 1 Pemuda, Andin Ambaris 
memerhatikan pemeriksaan kesihatan oleh Jururawat Hospital Tenom
Menurut Sabini, alasan bahawa permohonan bertimbun dan bilangan pekerja yang kurang sebagai kurang rasional.
“Jika kurang pekerja, kenapa tidak mohon dengan kerajaan, tambah pekerja. Jika tak mahu ambil pekerja tetap, ambil pekerja kontrak. Jika  kurang peruntukkan, mohon peruntukkan tambahan. Barulah kualiti dan keberkesanan kerja akan meningkat,” tegas Sabini.
Sabini mengakui bahawa kebanyakan dasar kerajaan yang baik, gagal sampai ke sasaran dan menghasilkan momentum yang positif sebab kelemahan pelaksanaan di peringkat agensi tertentu.
“Saya tidak mahu menyalahkan satu-satu agensi, sebaliknya saya menegur kelemahan individu (penjawat awam) dalam agensi yang leka dan tidak produktif. Jika individu ini proaktif, maka kerja tertangguh akan berkurangan” tambahnya.
Menurut Enu, mereka mahukan geran tanah diproses segera bagi memudahkan mereka memohon bantuan agensi kerajaan atau swasta untuk membiayai pertanian.
“Malangnya apabila tidak ada geran tanah, permohonan kami tidak akan diproses. Ini sangat menyulitkan usaha kami untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Sampai bila kami mengharapkan bantuan e-kasih dan ikhsan?
Kami mempunyai pelan memajukan diri dan satu-satunya pelan yang kami ada setakat ini ialah mengusahakan tanah supaya membuahkan hasil yang boleh melonjakkan status ekonomi kami,” ulas Andin, Naib 1 Pemuda.
Sabini seronok berkongsi tradisi Murut yang unik di lansaran.
Dalam sesi berkenaan, beberapa kemudahan infrastruktur dan kebajikan turut dikemukakan kepada Datuk Raimie untuk dipanjangkan kepada pihak tertentu. Sebagai ahli parlimen yang didikasi, Datuk Raimie berjanji untuk menjadi saluran masyarakat dengan agensi yang terbabit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: