Persatuan Bekas Tentera Aset Penting Negara

4 Februari 2012, Kemabong: Pengembangan sayap Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) ke Kemabong membuka peluang kepada para bekas tentera terus menyumbang kepada keharmonian, kestabilan dan kemakmuran negara selain menjadi platform membela kebajikan ahli. 
 
Dalam ucapan perasmian, Naib Prsiden PBTM,  YB Dato’ Dr. Shahrum bin Osman yang juga merupakan ahli Parlimen Kuala Lipis memuji kesiagaan bekas tentera bernaung di bawah PBTM.
“Jika anda menyertai PBTM, anda membenarkan diri anda mendapat pembelaan dan membuka peluang untuk aktif dalam memberikan khidmat kepada masyarakat,” kata Dr. Shahrum.
Difahamkan antara kebaikan menyertai PBTM ialah
  • Memberi
    pertolongan dan bantuan kepada ahli-ahli termasuk keluarga tanggungan
    mereka apabila sakit atau tercedera yang memerlukan termasuklah
    kemudahan:
    1. Perubatan
    2. Perumahan
    3. Pelajaran
    4. Pekerjaan
  • Berusaha
    mendapatkan pengiktirafan supaya segala dasar yang digubal oleh
    Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada bekas-bekas tentera untuk
    mendapatkan pekerjaan, perumahan, penempatan tanah dan lain-lain.
  • Memberi
    kesedaran kepada orang awam bahawa membantu bekas-bekas tentera yang
    cacat, cedera serta tanggungan mereka adalah juga kewajipan bersama.
  • Bertindak
    sebagai satu badan yang diiktiraf untuk memberi pendapat dan buah
    fikiran yang mewakili ahli-ahli bekas tentera serta tanggungan mereka
    dalam segala aspek yang berkaitan secara langsung atau tidak, mutlak
    atau bersyarat demi mencapai tujuan dan maksud persatuan.
Menurut Unggi Malinau, Ketua Cawangan PBTM Kemabong, sebahagian besar bekas tentera menganggap khidmat mereka sudah tamat apabila bersara. Sebenarnya tugas berkenaan boleh diteruskan dalam aspek lain seperti menyumbang ke arah keamanan rukun tetangga menerusi Rela. 

“Peluang untuk berkhidmat itu sentiasa terbuka. Kita sebagai bekas tentera mungkin tidak mendapat gaji dan elaun seperti rakan kita dalam (masih) tentera namun niat baik untuk kesahjateraan masyarakat merupakan pengorbanan yang terpuji dan semoga menerima pahala,” katanya.

YB Dato’ Dr. Shahrum bin Osman yang juga Ahli Pihak Berkuasa RISDA Malaysia mengalakkan bekas tentera bergiat cergas dalam pertanian atau perniagaan.
“Sebenarnya para pesara boleh dibimbing menjadi petani moden atau peniaga yang berjaya. Ramai (ahli) yang berjaya kerana mereka berusaha untuk keluar dari kepompong. Mereka bersedia menghadiri kursus dan berusaha keras untuk dibantu (kerajaan) dan membantu diri untuk berjaya,” tegasnya.
Puan Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS Kemabong yang turut hadir dalam Majlis Perasmian Cawangan PBTM berkenaan memuji inisiatif bekas tentera menubuhkan cawangan di Kemabong. Menurutnya, hanya dengan saluran yang betul dan beroperasi sistematik dapat membela bekas tentera.
Dalam masa yang sama, Sabini telah mengetengahkan perlunya Risda aktif dalam membela petani di Kemabong. Menurutnya, meskipun Lembaga Tabung Getah (LTG) dan Jabatan Pertanian wujud Tenom, (tetapi) Risda dianggap sebagai komponen yang saling melengkapi dalam membangunkan produktiviti pekebun kecil getah.
“Kita tahu Risda mendapat sambutan mengalakkan petani dan ini termasuk juga bekas tentera untuk membiayai penanaman getah dan pembekalan benih. Kita tahu juga masalah mereka (Risda) ialah ketiadaan tapak semaian getah. Maka kita memohon pihak agensi terlibat, UPKR dan YB duduk berbincang,” kata Sabini yang juga Exco Wanita PBS dan Ahli PBT Tenom.
Dianggarkan seramai 600 orang hadir dalam majlis berkenaan yang dilangsungkan di Dewan Datuk Ningkalor Lampag, Kemabong. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah YB Datuk Raimie Unggi (Ahli Parlimen P.181 Tenom) dan YB Datuk Rubin Balang (Ahli Dewan Undangan Negeri, N.36 Kemabong).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: