Respon PBS Kemabong terhadap ‘NO NCR LAND IN SABAH AFTER 1930’

 

 

Kenyataan tidak rasmi Datuk Maximus dalam Facebooknya:

“NO
NCR LAND IN SABAH AFTER 1930? My personal stand is that state AG Datuk
Roderic Fernandez is wrong in his interpretation. My simple study of the
state land ordinance makes me conclude that the said cut-off date of
1930 only applies to Sarawak. If the AG was correct in his
interpretation then all previous decisions by the High Court pertaining
to settlement of claims on customary land rights would
be out of context. And if indeed the AG is correct in that the
provision for customary land rights claim do not apply after 1930, then
PBS as a responsible BN component party will move in the State Assembly
to amend the existing land ordinance to make provisions for the
protection of NCR land owned by natives in Sabah. This is our
undertaking in Parti Bersatu Sabah, for the people of Sabah especially
the natives,” Datuk Maximus Johnity Ongkili.

Berita Penuh Selanjutnya… (dipetik dari facebook Samson Quintin, bertarikh 10/2/12.

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri
Dr Maximus Ongkili tidak bersetuju dengan pentafsiran Peguam Besar
Negeri Sabah Datuk Roderic Fernandez berhubung peruntukan Tanah Hak Adat
Bumiputera (NCR) di dalam Ordinan Tanah Sabah (SLO) bahawa “tiada tanah
NCR selepas 1930”.

Menyifatkan ia satu tafsiran yang salah,
beliau berkata tidak seperti di Sarawak, tiada tempoh tertentu berhubung
tanah NCR di dalam konteks Sabah.

“Jika anda melihat dengan
jelas Ordinan Tanah Sabah, ia tidak menyatakan sedemikian. Saya bukan
seorang peguam terlatih tetapi saya mempunyai beberapa latihan
undang-undang asas dan saya fikir ia adalah satu tafsiran yang salah
kerana penghakiman yang dilakukan Mahkamah Tinggi Borneo selama
bertahun-tahun ini mengiktiraf asas tanah-tanah NCR yang diwujudkan di
Sabah.

“Saya fikir ia adalah satu kenyataan yang menyedihkan
dan berbahaya. Sudah pasti ia adalah hak mahkamah untuk memutuskan
apabila ia dikemukakan di mahkamah tetapi keputusan-keputusan sebelum
ini adalah konsisten dengan hak adat bumiputera boleh diwujudkan dalam
ordinan tanah… jika tidak semua keputusan mahkamah tentunya salah,”
katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai kemajuan
Koridor Pembangunan Sabah di pejabat Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi
dan Pelaburan Sabah (SEDIA), di sini, Jumaat.

Ongkili, yang
juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata demikian ketika
diminta mengulas kenyataan Fernandez semalam bahawa tiada tanah NCR baru
boleh diwujudkan kerana hanya tanah-tanah “yang masih” didiami penduduk
pribumi sebelum SLO berkuatkuasa diiktiraf mempunyai status berkenaan.

Fernandez juga dipetik sebagai berkata bahawa tiada peruntukan di dalam
SLO bagi kaum pribumi yang diduduki selepas tahun 1930 dan didakwa
sebagai NCR dan tuntutan bagi tanah NCR hari ini mesti membuktikan
pemilikan tanah adalah sebelum 1931.

“Saya tidak tahu bagaimana
beliau boleh membuat tafsiran sedemikian tetapi apa yang boleh saya
katakan bagi pihak PBS dan saya pasti Barisan Nasional juga akan berbuat
demikian yakni jika beliau terbukti benar sebagaimana dinyatakan
undang-undang menerusi mahkamah, maka saya fikir BN Sabah akan
memastikan kami meminda ordinan berkenaan (SLO) bagi melindungi tanah
NCR di Sabah.

“Jika beliau benar, PBS akan segera mengambil
tindakan bagi kerajaan BN mengambil langkah dan melakukan pindaan dalam
Ordinan Tanah Sabah bagi melindungi hak kaum pribumi Sabah dilindungi di
bahawa ordinan berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Berikut ialah statement yang diberikan oleh Pn. Sabini Binti Ansumor berhubung dengan berita ini.

“Saya sangat terkejut dengan kenyataan yang disampaikan oleh Peguam Besar
Negeri Sabah Datuk Roderic Fernandez berhubung peruntukan Tanah Hak Adat
Bumiputera (NCR) di dalam Ordinan Tanah Sabah (SLO) sebagai “tiada tanah
NCR selepas 1930.

“Jika inilah tafsiran yang beliau berikan, maka ini secara langsung menyebabkan kesahihan keputusan mahkamah bagi mana-mana perbicaraan lampau berkaitan dengan Tanah Adat sebagai diragui. Oleh itu, saya menganggap tafsiran ini sebagai tafsiran pribadi dan bukannya tafsiran rasmi.

“Walau bagaimanapun saya melihat ini sebagai satu isu sensitif besar yang perlu ditangani segera. Di luar sana terdapat berpuluh ribu penuntut Tanah Adat. Jika isu ini tidak ditangani dengan bijaksana dan tiada tafsiran undang-undang yang berwibawa dibuat, saya risau akan wujud keadaan tidak terkawal.

“Justeru itu, sebagai pemimpin yang sentiasa berdamping dengan rakyat, saya memohon agar isu berkaitan tafsiran ini dibangkitkan segera dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri. Kita tidak mahu menghukum sesiapa. Kita hanya mahukan agar kebenaran diputuskan.

“Kita juga mahu Majlis Peguam mampu memberikan pandangan profesional dan merujukannya dengan sebarang keputusan Mahkamah sebelumnya.

“Sebagai pemimpin yang dilantik mewakili sekitar dua ribu lebih penuntut Tanah Adat penduduk asal dari Kemabong, tafsiran ini mewujudkan rasa tidak selamat dan kecewa penduduk. Saya menerima banyak pertanyaan, pandangan, keluhan dan tidak kurang juga menerima tempias kemarahan penduduk terhadap BN.

“Saya bersyukur, DSP Maximus Ongkili perihatin dan secara terbuka memperjuangkan tuntutan Tanah Adat menerusi Parti Bersatu Sabah. Terus terang, jika itu tafsiran undang-undang (tentang Tanah Adat) itu seperti yang dikatakan oleh AG, maka sewajarnya satu pindaan perlu dibuat bertujuan melindungi dan memelihara hak asasi orang asal yang mempunyai tuntutan tanah adat.

“Saya dapat tahu isu berkaitan Tanah Adat ini menjadi isu pembangkang. Saya merayu agar wakil rakyat BN berusaha untuk menjaga kebajikan rakyat seperti yang diterapkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi konsep 1 Malaysia: ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: