Buah Tangan Masyarakat Kampung

7 Februari 2012, Mahusop. Kehadiran rombongan YB Datuk Raimie Unggi yang disertai beberapa agensi kerajaan dan pemimpin PBS Bahagian Kemabong disambut dengan mesra dan bersantun oleh masyarakat kampung Tinura dan Mahunsop. 
Rombongan dihidangkan dengan pelbagai makanan tradisi dan buah-buahan tempatan. Musim buah-buahan yang sedang berlangsung menyebabkan ‘mulut tak terlayan’ memakannya.
“Kami bersyukur sebab tahun ini buah-buahan berbuah lebat. Dapat juga kami menjamu selera dan menjual untuk menambah rezeki. Namun akhir-akhir ini harganya jatuh sebab terlalu banyak di pasaran,” kata Matius Sahap.
Puas makan, sebahagian peserta dibekalkan pula dengan buah-buahan untuk dijamah keluarga. Keceriaan jelas terpampang di wajah peserta.
“Walau bagaimanapun, buah tangan berupa aduan atau pertanyaan penduduk berhubung kehidupan seharian mereka di kampung berkenaan memang wajar diselidik, direnung-renungkan semula dan diambil tindakan segera.

“Memanglah kita simpati dengan permasalahan mereka dan kita berhasrat untuk membantu mereka ke arah kebaikan. Itulah tugas dan tanggung-jawab kita,” kata Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS Kemabong.
“Memang wajar mereka mengemukakan kesulitan mereka, jangan disimpan-simpan. Ini memudahkan kita mengambil perhatian dan tindakan. Pun begitu beberapa tugas di peringkat kampung perlu disiapkan dan disediakan oleh penduduk sebelum ke pihak UPKR atau atasan.
Contohnya, surat permohonan atau aduan. Data-data yang diperlukan pula hendaklah lengkap dan terkini. Ini akan memudahkan kita ambil tindakan dan pertimbangan. Jadi saya syorkan agar PJKKK sering berhubung dengan UPKR supaya kerja jadi lancar dan jimat masa,” sambung Sabini.
Menurut Sabini, keterbukaan dan kesediaan wakil rakyat mendengar dan menjaga kebajikan penduduk menunjukkan kepimpinan yang seumpama itu perlu dipertahankan. Beliau berpendapat bahawa pemimpin yang sentiasa belajar dari pengalaman mampu menjadi pemimpin yang berwibawa.
“Saya nampak penduduk benar-benar menyentuh peserta dengan buah tangan. Saya harap buah tangan itu menjadi bibit pembangunan kampung,” ulas Sabini sambil tersenyum.

Sabini mengesa kakitangan kerajaan agar komited dan didikasi dalam tugas supaya mampu merealisasikan konsep 1Malaysia, Rakyat Dihahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Antara agensi kerajaan yang hadir ialah wakil Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Pertanian dan Perikanan, Persatuan Peladang Kawasan dan Perhubungan Parlimen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: