Membina Pelangi di Warung

21 Januari 2012, Tenom. Percaya atau tidak, sebenarnya salah satu aktiviti yang baik untuk mengeratkan persahabatan, persefahaman dan kemesraan ialah melalui ‘Teh Meeting’.
“Kalau dipandang, pelangi kelihatan cantik di langit. Malangnya kalau kita kejar dan capai, kita tidak dapat. Cuba bayangkan kalau pelangi itu kita boleh dekati dan capai?” kata Florentius Alex.
Beliau yang juga merupakan Setiausaha Bahagian, PBS N36 Kemabong mengambarkan kepimpinan PBS seumpama pelangi yang cantik.
“PBS Kemabong mulai dikenali ramai. Penduduk ingin mengenali barisan pemimpinnya. Mereka (penduduk) memang layak mengenali para pemimpin PBS, sebab itu mereka ingin mendekati dan bergaul mesra dengan pemimpinnya.
“Kalau pemimpin kita ‘liar’ (sukar ditemui), maka ianya akan menyebabkan penduduk dan pemimpin tidak mempunyai ‘good connection’. Bila ini berlaku, jadilah kepimpinan PBS seumpama pelangi di langit.
“Menyedari hal ini, kita buat pendekatan sekali sekala ‘hinggap’ di warung (gerai makanan/minuman) atau restoran. Maka jadilah kita pelangi di warung. 
“Biar penduduk mengenali kita. Kita duduk di sana dan membenarkan penduduk bertegur sapa dengan kita sambil mendengar pandangan dan permasalah penduduk,” ulas Florentius panjang lebar.
Ketika ditanya lebih lanjut, Florentius berkata, “Kita bukan berhajat duduk lama-lama, hari-hari. Kita pun ada komitmen. Begitu juga kita bukan berbelanja sakan. Cukuplah minum dan makan ringan. yang penting ‘happy-happy dan ‘built connetion’.”
Menurut Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS Kemabong, aktiviti ini juga sebagai kaedah ‘release tension’ sambil membina sikap peka terhadap sensitiviti rakyat.
“Kami mulai terapkan pendekatan bercakap tentang apa yang sedang dan akan kita buat. Kami cuba elakkan bercakap tentang sentimen. Asyik komen dan burukkan orang sahaja. Seolah-olah orang lain tak baik, kita sahaja baik. Kita mahu beri pendapat, terima pendapat, fikir-fikirkan dan buat keputusan.
“Nampaknya jadi penjual yang bijak lebih baik dari menjadi pengomen yang lancang. Ini akan menjadikan kepimpinan kita bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat apabila diberi peluang,” katanya sambil menikmati bakso.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: