Ramah Mesra Membina Jalinan

18 Januari 2012, Pekan Tenom. Sikap ramah mesra dan rendah diri menyebabkan dua wakil rakyat, Datuk Raimie Unggi dan Datuk Radin Malleh disukai ramai. Ini terbukti hari ini ketika mengadakan ‘Market Walked’ berkeliling pekan Tenom.
“Jika ada kesempatan sahaja, kedua-dua pemimpin ini akan bertemu rakyat sambil bertanya khabar,” demikian komen Dawat Baru, Naib 2 Bahagian N36 Kemabong di sini. Dawat hadir bersama rombongan PBS Kemabong diketuai oleh Sabini Ansumor. 
 Limau Mandarin sinonim dengan Tahun Baru Cina
Difahamkan antara matlamatnya ialah membolehkan pemimpin dan ahli parti komponen mendekati rakyat dan melihat sendiri kehidupan dan aktiviti seharian rakyat. Manakala rakyat pula berpeluang mengenali pemimpin lebih rapat.
Menerusi program ini, para pemimpin dan pengiring akan berjalan keliling Tenom dan berjabat tangan dengan para pengnjung, peniaga dan pekerja yang ditemui.
Raimie beramah mesra dengan pengunjung pekan Tenom
“Ini adalah acara tahunan saya bersama dengan YB (Datuk Raimie). Saya senang bertemu dan bermesra dengan penduduk. Ini daerah kelahiran saya dan saya merasa akrab dengan mereka (penduduk),” kata Datuk Radin sambil tersenyum.
Menurut Mohd. Yusuf Abdullah, sebenarnya rakyat dahagakan perhatian dan kelibat pemimpin. Dari maklumbalas yang diperolehinya didapati trend pemimpin bersikap tinggi diri, sukar ditemui dan dihubungi sukar mendapat tempat di hati rakyat.
Sebahagian pemimpin dan pengiring yang menyertai ‘Market Walked’
“Keadaan politik kini sudah berubah. Pembangkang sentiasa cuba mendekati dan memesongkan fikiran rakyat. Jika kita masih selangkah di belakang, jika kita menjaga jarak dari rakyat maka rakyat akan meninggalkan kita.
“‘Polisi’ nampaknya bukanlah kaedah terbaik membina jalinan kukuh antara pemimpin dan rakyat. Sebab itu pemimpin harus proaktif mendekati rakyat. Sentuh hati mereka maka dia (pemimpin) akan jadi ‘Winable candidate’,” tegasnya.

Sabini bersalaman dengan penjaja sambil menyerahkan kalender
“Cuaca yang baik membolehkan kami bergaul dengan masyarakat dan aktiviti berjalan dengan lancar. Saya gembira bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat. Inilah peluang saya mengenali kehidupan mereka seharian,” kata Sabini, Ketua Bahagian PBS Kemabong.
“Kami berpeluang bergaul sapa selain mengucapkan ‘Selamat Tahun Baru Cina’ kepada masyarakat Tiong-Hua. Inilah keunikan Malaysia, sebagai sebuah negara berbilang kaum. Ianya kaya dengan budaya dan sopan-santun.
Sabini dan rombongan PBS Kemabong
Saya harap kita jaga perpaduan kaum dan berusaha hidup harmoni dengan menjiwai konsep 1 Malaysia. Amalkan sikap menghormati dan bertolak ansur serta tolong-menolong. Semoga Malaysia aman dan makmur,” tambah Sabini dengan ceria.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: