Kemahiran Diasah Melalui Sukan

14 Januari 2012, Sapong. Menerusi latihan yang konsisten, sistematik dan kerap, kemahiran seseorang boleh diasah dan ditonjolkan. Jika seseorang malas berlatih maka kemahiran tidak akan berkembang dan bakat terpendam berkemungkinan tidak dicungkil.
Pandangan demikian disuarakan oleh Sabini Ansumor semasa merasmikan penutupan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah anjuran Kelab Telekoson dan Pemuda Sapong di Padang Bola Sepak Sapong.
Pertandingan berkenaan yang disertai oleh 12 pasukan bertujuan mencungkil bakat bagi diserap ke dalam Kelab Telekoson selain menjadi aktiviti riadah kepada penduduk.
“Saya melihat peluang untuk mewujudkan sebuah pasukan bola sepak di Kemabong. Memang ramai pemain berbakat di sini namun hanya sedikit kelab yang benar-benar komited bertanding seperti Padas F.C.” kata Megah Intung, Pengerusi Penganjur yang juga merupakan Pengurus Kelab Telekoson dan AJK Pemuda PBS Kemabong.
“Keprihatinan pemimpin masyarakat seperti Puan Sabini membiayai penganjuran pertandingan ini menunjukkan pentingnya aktiviti bersukan. Sikap ini patut dipuji dan wajar dicontohi,” tambah Megah.
Menurut Sabini, aktiviti bersukan seperti bermain bola sepak bukan hanya baik untuk kesihatan malah mampu mengelak peserta dari gejala negatif sosial.
“Melalui sukan, kita berpeluang mengeratkan hubungan sinaturahim. Inilah masa kita bergaul dengan masyarakat. Menerusi sukan kita belajar bekerjasama, hormat-menghormati, bertolak-ansur serta saling melengkapi.
“Manusia ini memang suka dihargai dan dipuji. Jadi tunjukkan kemahiran yang anda miliki. Jika perlu, belajarlah maka kemahiran kita akan terserah dan meningkat.
“Jika anda mahu, ambil kesempatan ini untuk diserap dalam kelab. Biarlah mula-mula amatur, mana tahu nanti masuk profesional,” kata Sabini.
Pertanding ini menyaksikan pasukan Garuda muncul Johan diikuti, Kelab Telokoson, Express 44 dan Sime Darby.
Turut hadir ialah Anggoh Mayah (Naib 1 Bahagian), Dawat Baru (Naib 2 Bahagian), Florentius Alex (Setiausaha Bahagian), Mohd. Yusuf Abdullah (Penolong Setiausaha Bahagian), Robert Labong (Pegawai Penerangan), Julius Suab (AJK Bahagian), Andin Ambaris (Naib 1 Pemuda), Alum Yansuku (Naib 2 Pemuda) dan Don Tarip (AJK Pemuda).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: