Umat Kristian Disaran Membangun Seimbang

Alutok, Kemabong: Umat Kristian disaran membangunkan jati diri secara seimbang agar menjadi rakyat yang berketrampilan, maju dan berwibawa. Saran ini disampaikan oleh Sabini Ansumor semasa merasmikan Sambutan Natal Gabungan tiga kampung di gereja SIB Alutok.
Menurut Sabini, kaum yang berjaya biasanya menguasai ilmu pengetahuan, berkemahiran, berkemampuan ekonomi, berdisiplin dan berohani seimbang. 
“Orang yang tidak berpengetahuan tidak dapat memperkembangkan diri. Orang tidak kemahiran akan ketinggalan. Orang kurang kemampuan ekonomi akan dipandang rendah. Orang tidak berdisiplin cenderung menemui kegagalan manakala orang lemah rohani terjebak dalam masalah sosial,” tegas Sabini.
Sabini berpendapat, ibubapa, anak-anak, gereja dan sekolah hendaklah saling bekerjasama dan saling melengkapi dalam membangunkan jati diri. 
“Saya terharu melihat ibubapa yang komited mendidik anak-anak mereka. Mereka seumpama lilin membakar diri untuk menerangi kehidupan anak mereka. Justeru itu, anak-anak janganlah sia-siakan pengorbanan ibubapa.
“Saya tahu bukan mudah membesarkan anak. Anggap amanah ini sebagai suatu pelayanan. Layanilah (anak-anak) maka kelak, kita akan dilayani (anak-anak),” kata Sabini.
Menurutnya lagi, sikap melepaskan amanah kepada pihak lain contohnya, mendidik agama kepada pihak gereja atau tingkahlaku kepada sekolah semata-mata oleh ibubapa, sebagai sikap yang tidak bertanggung jawab.
“Saya mahu tekankan di sini bahawa kerjasama semua pihak penting dalam membangunkan jati diri rakyat. Sama seperti genggaman tangan, jika hanya satu atau dua jari sahaja yang mengenggam, genggaman tidak akan kuat. Kita perlu semua jari-jari mengenggam, barulah yang digenggam tidak terlepas,” tambah Sabini.

Sabini mengajak semua umat Kristian supaya bersatu padu dan berusaha membangun secara seimbang. Menurutnya, sebagai rakyat Malaysia yang menghargai keamanan dan kemakmuran, umat Kristian hendaklah mempunyai sikap saling menghormati dan bertoleransi dengan kaum dan agama lain.

Dalam kesempatan yang sama, Sabini yang juga merupakan Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong, turut menyerahkan sumbangan berupa dawai pagar, mesin bimbit dan generator elektrik kepada gereja berkenaan.
Turut bersama rombongan beliau ialah Ketua Pemuda PBS, Rijoni Basar; Anggoh Mayah, Naib 1 Bahagian, Florentius Alex, Setiausaha Bahagian dan Marusim Paliton, AJK Bahagian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: