TAKLIMAT EKSEKUTIF MEMANCU PERJUANGAN RAKYAT

Kemabong, 11 Disember 2011: Satu taklimat eksekutif yang dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Bahagian, Pergerakan Wanita dan Pemuda telah diadakan di Rumah Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong, Sabini Ansumor. 
Taklimat berkenaan yang disampaikan sendiri oleh Sabini banyak memperkatakan peranan ahli Jawatankuasa dalam memantapkan perjuangan parti dalam membela rakyat. 
“Saya menganggap ahli PBS perlu mengutamakan perjuangan rakyat, barulah parti dan akhir sekali barulah diri sendiri. Jesteru itu, kita mesti balik kepada visi dan misi perjuangan.
“PBS wujud kerana adanya keperluan untuk memperjuangkan rakyat. Jangan sekali-kali kita alpa sehingga kita lupa diri dan ditolak rakyat. Utamakan rakyat dengan cara dekati mereka, dengar, lihat, selidik dan bergaul dengan mereka. 
“Semua dapatan itu perlu dilapor segera ke atas. Biar kemungkinan penting atau tidak penting sesuatu perkara itu ditentukan oleh kepimpinan parti. 
“Jika ahli jawatankuasa tidak bergerak mendekati rakyat, saya yakin rakyat akan bergerak menjauhi kita,” kata Sabini dalam taklimatnya.
Sabini turut mengingatkan ahli agar kekal setia dalam parti dan mengelak dari ‘goyang-goyang’. Ini kerana menurutnya, ahli yang teguh pada parti menyebabkan parti disegani dan mudah untuk memperjuangkan rakyat.
Menyentuh tentang peluang PBS bertanding dalam pilihan raya akan datang, Sabini berpendapat bahawa memang ada peluang dan keperluan untuk itu. Menurutnya, keputusan untuk menentukan calon BN diputuskan oleh Najib (Perdana Menteri).

“Jadi sekiranya kamu mahu PBS bertanding, tunjukkan sokongan kepada PBS dan BN. Tunjukkan kita layak mengemudi kereta dengan membuktikan kita mempunyai ‘winable candidate’,” kata Sabini.
Menurutnya tidak akan ada orang yang akan memberi PBS kepercayaan bertanding jika ahlinya tidak aktif, tidak sepenuhnya menyokong PBS dan BN, atau menjauhi ahli komponen yang lain.
“Saya merayu supaya kamu tingkatkan komitmen dan bekerja keras demi rakyat, dan saya percaya rakyat akan melobi PBS untuk pilihan raya kelak. Bukan sahaja kita dan kepimpinan atasan melobi sebaliknya rakyat juga akan turut beritahu siapa calon yang mereka mahu dan mereka akan undi calon berkenaan.

“Tapi  jangan cepat merajuk jika PM tidak pilih PBS tanding. Kita sokong sahaja calon berkenaan. Undi adalah hak kita dan kita undilah berdasarkan pertimbangan. jangan sikit-sikit salahkan parti atau KB jika tidak dicalonkan. kita semua telah berusaha supaya kita bertanding dan BN menang. Jadi kita mesti bersatu padu dan terus berusaha ke arah kemakmuran Malaysia di bawah BN.

Walau bagaimanapun jangan cepat berpuas hati dengan pencapaian sedia ada dan cepat pula berputus asa apabila diasak parti lawan. Ini dunia politik, kita mesti tabah, usaha keras dan kerja berpasukan dalam satu usaha, satu tujuan dan satu pasukan.”

Menyentuh tentang agihan tugas, Sabini mengingatkan ahli jawatankuasa agar memainkan peranan berdasarkan bidang tugas masing-masing. Mereka juga diingatkan agar menjaga kawasan masing-masing dan bertindak sebagai telinga, mata dan mulut kepimpinan parti dan kerajaan.

“Jagalah kawasan masing-masing. Jangan tunggu arahan sebaliknya selalulah juluk-juluk pemimpin atasan. Ingatlah kamu adalah pemimpin akar umbi dan jika kamu gagal memainkan peranan kamu, maka penduduk di sana akan menolak kamu dan akhirnya kita sama-sama ‘berkurap’,” tegas Sabini.

Ahli jawatankuasa yang tidak cergas dalam melaksanakan tugas perlu berubah dan jangan memanaskan kerusi sahaja. Tugas diamanah perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab. Menurutnya jawatan yang dipercayakan bukan semata-mata landasan untuk glamour atau kebendaaan sebaliknya turut merupakan suatu pelayanan dan perkhidmatan.

Menurut Sabini lagi, beberapa pihak memang cuba mendekati dan cuba
mempengaruhi beliau dengan pelbagai janji dan tekanan supaya menyertai
parti lain (komponen/pembangkang) atau bertanding menentang BN.

“Terus terang, saya tidak mahu rakyat menangis lagi. Rakyat sudah dua kali menangis kerana ditinggalkan pemimpin. Saya tidak akan tinggalkan PBS. Walaupun amanah dan kepercayaan yang diberikan pada saya kecil (Ketua Bahagian) namun saya menghargai dan berterima kasih dengan kehendak rakyat (ahli PBS). Saya tidak akan tikam harapan mereka dari belakang.
PBS masih dalam Barisan, kepimpinan parti melihat bahawa PBS masih releven dalam BN, maka saya akan ikut keputusan pemimpin parti. Jika saya tidak patuh dan setia kepada kepimpinan parti, wajarkah saya menagih kepatuhan dan kesetiaan ahli?” kata Sabini serius.
Beliau turut menghuraikan panjang lebar asas dan pencapaian perjuangan PBS sebagai platform rakyat sepanjang sesi 2009-2011. Di mana beliau berpendapat bahawa ujian getir wujud bukan hanya dari parti pembangkang malah dalaman parti dan kalangan komponen.
Namun beliau berpendapat isu seperti perkongsian kuasa, hak tanah adat, pengagihan peruntukan dan pembangunan serta perebutan calon boleh dibawa ke meja perundingan dan diselesaikan dalam semangat BN dan berorientasikan kepada gagasan ‘1 Malaysia; Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
“Sebenarnya banyak dasar BN yang baik, namun pelaksanaannya tidak dilakukan dengan baik oleh pihak tertentu. Akhirnya ini menguris hati rakyat. Jika ada pemimpin dan agensi yang tidak telus, sebaiknya pihak berkenaan ubah sikap. Jika terpaksa, mereka perlu dihukum atau direhatkan,” tegas Sabini yang nyata tidak mahu berkompromi dengan karenah pekerja yang merugikan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: