SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK MEMERLUKAN

Kemabong, 11 Disember 2011: Seramai lebih daripada 50 orang penduduk di sekitar Kemabong berterima kasih dengan keprihatinan Ketua Bahagian PBS N.36 kemabong mendengar keluhan dan seterusnya  sedikit material bagi membantu mereka. Antara material yang diberi ialah genset, mesin bimbit, dapur gas dan sumbangan.
“Saya tahu mereka memerlukannya dan mereka memang layak menerimanya. Pada dasarnya bantuan berkenaan mungkin tidak meruba kehidupan mereka namun sedikit sebanyak membantu mereka mengurangkan kos kehidupan.
Terus terang saya mahu mereka berdikari tanpa berharap kepada subsidi atau bantuan. Namun saya juga mahu mereka sedar bahawa kerajaan perihatin dengan kekurangan mereka,” kata Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS.
Menurut Sabini, strategi jangka panjang yang ingin dilaksanakannya ialah dengan cara meningkatkan:
(i)    Kesedaran pentingnya sikap berdikari,
(ii)   Peningkatan kemahiran dan ilmu pengetahuan pertanian dan perusahaan moden,
(iii)  Pewujudan pelbagai insentif kepada petani dan pengusaha
(iv)  Latihan vokasional dan kursus berkualiti,
(v)  Pengemblingan dan penambah-baikan kualti servis agensi kerajaan
(iv) Peningkatan dan pengembangan infrastruktur dan sanitasi
(iiv) R&D dalam bidang pertanian dan perusahaan,
(iiiv) Pengurangan karenah birokrasi,
(ix)  Peminimuman gejala rasuah dan kronilisme,
(x)  Pemupukan nilai-tambah ekonomi keluarga berasaskan gander
(xi) Perkembangan pembangunan  stake holder dan NGO secara klinikal
Menurut Sabini, Kemabong yang mempunyai kawasan tanih yang subur dan berbentuk muka bumi yang sesuai untuk dimajukan dalam pertanian. Beliau berpendapat, jika hasil bumi banyak, ianya akan meransang ekonomi penduduk selain mengumpan perkembangan perusahaan berunsurkan tambah-nilai.
“Kita perlu berani membuat transformasi. Benar penduduk dahagakan pembangunan infrastruktur namun mereka juga bersandar nyawa pada kewangan. Secantik mana pembanguan infrastruktur, ianya tidak memberi banyak ruang kepada penduduk menikmatinya dalam kemiskinan,” tegas beliau.
Marusim Paliton dari Kampung Kaang pula memuji wawasan Sabini sambil berterima kasih atas sumbangan berupa genset. “Kampung saya selalu putus bekalan elektrik. Saya harap genset ini mampu membantu saya dan penduduk kampung jika bekalan putus semasa ada keramaian,’ kata Marusim.
Menurutnya lagi dia lebih suka dengan pendekatan Sabini yang ringan tulang membantu rakyat menerusi parti berbanding sesetengah pemimpin lain lain lebih suka beritorik, berjanji malah asyik menyalahkan tanpa membuktikannya dengan bantuan.
Putan Sun, seorang ibu tunggal dari kampung Abul pula gembira menerima sumbangan kewangan dari Sabini. Ramai orang cakap sumbangan KB tidak banyak, namun saya bersyukur sebab itu lebih baik daripada tiada. Dapatlah juga saya meringankan beban kewangan keluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: