PEMBANGUNAN PERLU KESEIMBANGAN ROHANI

Kemabong, 6 Disember 2011: Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong berpendapat pembangunan sosio-ekonomi dan infrastruktur hendaklah seimbang dengan pembangunan rohani. Beliau berkata demikian semasa penyerahan bahan dan peralatan membina Pejabat SIB Kawasan Kemabong di Kampung Kalamatoi.
Menurut Sabini, manusia yang mempunyai minda seimbang biasanya mempunyai keperibadian yang yang terpuji dan berdaya saing. Beliau berpendapat, semua agama mengajar umatnya supaya berdisiplin dan tekun.
“Saya yakin, usaha memperkasakan didikan rohani adalah tanggung jawab bersama. Kita tidak boleh berharap kepada gereja, masjid atau sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu proaktif dan memainkan peranan utama,” kata beliau.
Sabini mengakui kemajuan ICT dan media banyak mempengaruhi pemikiran dan tingkahlaku muda-mudi sekarang. Menurutnya garis panduan, bimbingan dan kawalan amat perlu bagi memastikan muda-mudi tidak terpesong dari nilai-nilai dan norma masyarakat timur.
“Saya secara peribadi memuji sikap amanah dan komitmen tinggi pemimpin agama, guru dan ibubapa yang berusaha membudayakan amalan rohani dalam kehidupan muda-mudi. Usaha sebegini akan lebih produktif dengan penyertaan dan sokongan semua pihak termasuk agensi kerajaan, NGO dan masyarakat sendiri.”
Mengulas berkaitan dengan sumbangan kepada pembinaan Pejabat SIB Kawasan, Sabini mengakui bahawa sumbangan kecil ini tidak akan dihadkan kepada agama Kristian malah kepada agama lain. 
Turut hadir semasa penyerahan sumbangan berkenaan ialah Pst Petrus Yahya Taim (mewakili Ketua Kawasan), Mantan Ketua Sidang SIB Kalamatoi, Dkn Salimon Kalagoh, Naib 1 Bahagian, Anggoh Mayah dan Naib 1 Pemuda, Andin Ambaris.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: