Sikap Positif Belia Pamaluyan Dapat Pujian

27 November 2011, Ketua Bahagian PBS, Sabini Ansumor memuji sikap positif dan proatif Pemuda Kampung Pamaluyan yang telah berjaya menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 9-sebelah bertempat di Padang Bola Sepak kampung berkenaan.
Sebanyak 17 pasukan telah menyertai perlawanan berkenaan. Pasukan dari kampung Mamaitom muncul Johan, kampung Masanoi tempat Ke Dua dan Kampung Mailo tempat Ke Tiga.

Anduhut Malulur Ketua Cawangan PBS kampung Pamaluyan mewakili penganjur mengucapkan ribuan terima kasih atas penyertaan semua pasukan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Sabini atas sumbangan berupa hadiah sempena anjuran berkenaan.
 Robert Labong, PJKKK pula mengucapkan syabas kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan pertandingan dengan lancar dan berpristij. Beliau menyeru semua beliawanis agar mengisi masa lampang dengan aktiviti berfaedah dan menjauhkan diri dari najis dadah.

Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS Kemabong mengingatkan para beliawanis agar sentiasa mendalami ilmu dan kemahiran vokasional bagi mempersiapkan diri dengan dunia pekerjaan dan pancaroba kehidupan.
“Kita tidak boleh berpeluk tubuh menunggu peluang datang bergolek. Kita mesti berusaha membina peluang dan merebut peluang. Hanya dengan ini, kita boleh memperbaiki masa depan kita. Kita juga harus mempersiapkan diri dan melengkapi diri agar berdaya saing. Ilmu dan kemahiran adalah suluh kehidupan. Janganlah kita saling bersandar kepada ibubapa sebaliknya marilah kita berdikari,” nasihat Sabini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: