Penduduk Korolok Yakin BN Mampu Tunai Janji

Penduduk kampung Korolok yakin BN mampu menunaikan janji yang ditabur. Keyakinan ini disampaikan oleh Ketua Kampung, Purait Hasou. Beliau berkata demikian ketika ditanya semasa Lawatan Kaunter Aduan Bergerak PBS Kemabong pada 26 November baru-baru ini.

Kaunter berkenaan bertujuan mendapatkan gambaran terkini isu semasa turut bertujuan membantu penduduk memanjangkan permasalahan setempat kepada pemimpin dan agensi kerajaan.
Beberapa aduan dan permasalahan telah disampaikan oleh penduduk meliputi Tanah Adat, infrastruktur (jalanraya dan elektrik), kemudahan awam dan peralatan dapur dan sukan dikemukakan oleh penduduk. 
Antara aduan berkenaan ialah dari Sigoh Luing, Ketua Cawangan PBS, penduduk memohon agar jalanraya yang ada sekarang diselenggara dan ditimbun dengan batu agar tidak licin.
Ketua Cawangan UMNO pula memohon agar astaka pada bola sepak, gilingan padi dan kelengkapan sukan disumbangkan segera oleh Ketua Pemuda UMNO.

Semasa program itu juga, penduduk sempat terlibat dalam sesi dialog terbuka. Pelbagai isu dan persoalan dikupas dan dibincangkan terutamanya bagaimana memperkasakan kerajaan dan menambah-baik mutu kehidupan penduduk.
Menurut Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS Kemabong, aduan dan permalsahan penduduk ini akan disampaikan kepada pemimpin dan agensi berkenaan untuk siasatan dan tindakan susulan. 
PBS bertindak sebagai medium keperluan rakyat dan berharap melalui program ini dapat mengeratkan hubungan antara rakyat dengan kerajaan dan pemimpin. Menurutnya, ada perkara yang perlu tindakan segera jika tidak berkemungkinan meregangkan hubungan dengan penduduk-pemimpin. 
Terdahulu, Ketua Kampung mengucapkan terima kasih di atas kesudian Ketua Bahagian memberikan sumbangan berupa peralatan sukan kepada belia kampung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: