Pemimpin PKR masuk PBS?

Baru-baru ini (akhir November 2011), satu kunjungan mesra telah dibuat oleh beberapa ahli Jawatankuasa Bahagian dan Pergerakan Pemuda ke dua lokasi atas jemputan penduduk. 
Kunjungan pertama bertempat di Kampung Amboi di mana seorang ahli berpengaruh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia untuk meninggalkan parti berkenaan. Dimaklumkan bahawa individu berkenaan seorang pesara kerajaan berpangkat pegawai kanan hilang kepercayaan dengan kepimpinan PKR dan sedang mempertimbangkan tawaran beberapa parti termasuk PBS Kemabong.
Menurut Sabini, PBS Kemabong tidak berjanji untuk menawarkan jawatan tinggi atau wang kepada mana-mana  pihak yang menyertainya. Walau bagaimanapun, parti ini menyediakan saluran kepada ahli untuk menyuarakan pendapat dan memperjuangkan rakyat.
“Saya gembira bertemu dengan individu berkenaan dan berharap beliau sudi menjadikan PBS platform untuk memperjuangkan rakyat. Saya juga terbuka menerima keahlian dan sedia menerima pandangan demi untuk memantapkan perjuangan rakyat,” kata Sabini.
Lawatan dibuat ke Kampung Batu berdekatan dengan RTM Kemabong. Kehadiran ini adalah memenuhi jemputan beberapa penduduk yang berminat untuk menubuhkan cawangan PBS. 

“Kami dengar PBS banyak memperjuangkan keperluan rakyat. Kami sedar PBS kurang kewangan, namun keikhlasan dan usaha gigih pemimpin PBS Bahagian memberikan kami semangat bahawa kelak PBS mampu bersama-sama kerajaan membangunkan kampung kami,” kata Kainsor Mayau.
Menurut Kainsor, kepimpinan Datuk Rubin adalah baik malangnya beberapa pemimpin tertentu perlu ditukar kerana ianya menjejaskan kelancaran dan ketelusan kerajaan dalam mensejahterakan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: