Kursus Mencetak Grafik Pakaian

“Kemahiran mencetak grafik penting diketahui dan dikuasai oleh muda-mudi. Kemahiran ini bukan hanya menjimatkan kos mencetak pakaian dalam skala yang besar malah merupakan sumber pendapatan bagi muda-mudi yang berminat,” pendapat ini diluahkan oleh Sabini Ansumor ketika menyertai sendiri kursus berkenaan.

Kemahiran mencetak grafik pada pakaian mampu menjana pendapatan
Kursus anjuran PBS Kemabong ini berlangsung dari 5-6 November di Kalamatoi, Kemabong disertai oleh kira-kira 20 pemuda-pemudi disampaikan oleh tenaga pengajar pakar, Syaming Salleh dari Bahagian Teknik dan Vokasional.
Dalam kursus berkenaan, pakaian dicetak dengan grafik (huruf atau imej) tertentu. Keunikan kursus ini ialah boleh menghasilkan cetakan pada pakaian dalam jumlah yang banyak dan kualiti standard dalam masa cepat. berbeza dengan melukis satu persatu pakaian menggunakan Pelaka.
Justin Dawat seorang peserta memberitahu pernah melukis nombor pada jersi menggunakan Pelaka. Menurutnya hasil kerja mengunakan Pelaka memerlukan masa dan bekerja mengikut keselesaan.
“Jika letih, kualiti kerja mulai lari. Saya terpaksa berehat dan menyambung semula kerja apabila cukup rehat.
Memang menyediakan skrin cetakan agak cerewet dan lambat namun sebaik sahaja selesai, anda boleh mencetak grafik yang sama sehingga beribu-ribu. 
Ini sesuai untuk menerima tempahan bagi tujuan perniagaan,” katanya, sambil mengakui berminat untuk menjalankan perniagaan mencetak jika ada permintaan.
Difahamkan, menjelang Krismas, banyak tempahan cetakan pakaian biasanya dibuat oleh penduduk kampung terutamanya dari persatuan keagamaan.
“Kita berilah harga yang lebih rendah berbanding di kedai,” kata Justin. Beliau turut memuji inisiatif yang dibuat oleh PBS Kemabong yang komited dalam meningkatkan sosio-ekonomi penduduk dan berharap pelbagai kursus keusahawanan akan dianjurkan pada masa depan.
Turut hadir ialah ahli Jawatankuasa Bahagian, Pergerakan Pemuda dan Wanita Bahagian. Kursus ini dirasmikan sendiri oleh Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS Kemabong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: