Jentera Kempen PBS Kemabong Siap-Siaga

Kemabong, 23 Oktober 2011. Jentera kempen pilihan raya PBS Kemabong sudah bersedia menghadapi pilihan raya. Kenyataan ini dibuat oleh Datuk Henryanus Amin, Setiausaha Agung selepas mendengar laporan Pengerusi Penganjur dan beramah mesra dengan peserta.

Seramai 89 peserta menyertai Kursus Pemantapan Parti dan Jentera Pilihan Raya anjuran PBS Kemabong di Kampung Kalamatoi Kemabong. Kursus ini bertujuan untuk memantapkan parti selain mempersiapkan PBS membantu kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya.

“PBS Kemabong melakar sejarah sebagai Bahagian pertama mengadakan Pilihan Raya olok-olok. Saya nampak banyak sepanduk dan poster di sana-sini. Saya merasa bahang pilihan raya di sini.

Saya berharap ahli PBS jangan menganggap parti sebagai Sang Kecil sebaliknya Sang Gajah. Buktikan bahawa PBS mempunyai kuasa penentu kemenangan BN.”

Datuk Henryanus turut memaklumkan kemungkinan  pembinaan sebuah pejabat tetap parti di Kemabong.
“Kita telah meneliti keperluan ahli PBS di Kemabong dan sedang berusaha kearah itu (pembinaan pejabat). Dengan adanya pejabat itu kelak, PBS dapat memberikan perkhidmatan lebih baik.”

Menurut Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong, kursus berkenaan mencapai objektif yang ditetapkan.
Difahamkan jentera pilihan raya PBS berkonsepkan kerjasama semua komponen BN.

Menyentuh tentang calon pilihan raya, beliau menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan dan bertekad untuk menghormati pilihan Perdana Menteri.

“Apa yang paling penting ialah kesinambungan pembangunan negara. Hanya negara yang aman dan makmur boleh membawa pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat.”

Menyedari bahawa penduduk Kemabong dahagakan pembangunan dan pembelaan, Sabini berikrar untuk memastikan agenda pembangunan negara dan kebajikan rakyat adalah seimbang.

“Adalah tanggung-jawab saya menjadi medium keperluan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Selagi diperlukan, saya dan PBS akan memperjuangkan rakyat dan menambah-baik keupayaan kerajaan membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: