Perpaduan Teras Patriotisme

Perpaduan yang telah lama wujud di Malaysia hendaklah terus dipelihara dan dipertahankan. Ini kerana Malaysia berpenduduk berbilang kaum dan agama. Sebarang perancangan dan tindakan hendaklah mengelak timbulnya sentimen perkauman dan keagamaan.
Demikian pandangan Sabini ketika diminta mengulas kekecohan yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat berikutan ikrar PAS yang mahu Hukum Hudud diamalkan di Malaysia.
Rakyat diseru menghayati semangat 1Malaysia demi perpaduan
“Kita tidak menghalang mana-mana kaum atau agama mempraktikkan amalan masing-masing. Itu hak masing-masing namun perlu menjaga sensitiviti pihak lain. Sebaiknya adakan perundingan dan persetujuan supaya amalan berkenaan dapat dilaksana secara harmoni,” kata beliau.
Tiga parti utama pembangkang di Malaysia yang menganggotai Pakatan Rakyat ialah PAS, DAP dan KeAdilan.
PAS mengutamakan Islam dalam ideologinya, DAP pula mahukan hak dan peluang yang sama bagi semua rakyat dan KeAdilan yang mahukan reformasi dalam semua perkara namun dilihat masih mahu menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera.
Menurutnya, kekecohan ini jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat belum sepakat dalam menentukan dasar dan hala tuju negara. Hal ini dikuathiri boleh menjerumuskan negara ke kancah huru-hara.
“Nampaknya mereka (Pakatan Rakyat) lebih berminat menganti kerajaan namun adakah mereka mampu  memakmurkan Malaysia sebaik kerajaan sekarang?
Kita risau, jika mereka diberi peluang menukar pemamdu. Mereka berebut-rebut pegang stering dan tukar gear sesuka hati. Nanti kereta (Malaysia) ke mana? Penumpangnya (rakyatnya) ke mana?” ujar beliau dengan nada sinis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: