Perpaduan kaum teras kestabilan negara

Parti Bersatu Sabah (PBS) merupakan sebuah parti pelbagai kaum dan terbuka kepada semua agama. Sabini berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Bahagian semalam (2 Oktober 2011).
Perpaduan kaum teras kestabilan negara
Dalam mesyuarat tersebut, Sarjan (B) Mohd. Yusof Abdullah telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Bahagian PBS. Pelantikan ini menunjukkan keterbukaan PBS Kemabong dalam memperjuangkan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan status sosio-ekonomi.
Mohd. Yusup Penolong Setiausaha Bahagian
Meskipun majoriti penduduk Kemabong dari suku kaum Murut Tahol, kaum lain seperti Murut-Timogun, Lundayeh, Cina, Bumiputera Muslim dan Dusun tidak dipinggirkan.
Difahamkan pemimpin suku-kaum lain ialah Naib 2, Dawat Baru (Lundayeh); Setiausaha, Florentius Alex (Dusun), Mohd. Yusof Abdullah (Bumiputera Muslim); Penolong Bendahari, Tony Chew (Cina), AJK, Tayus Asok (Murut- Timugon) dan  Mohd. Adriemie Joumi (Bumiputera Muslim). 
Terdahulu, Sabini menyeru semua ahli PBS agar saling menghormati dan bekerjasama tanpa mengira kaum dan agama. Ini kerana sentimen perkauman, agama dan kedaerahan yang sempit tidak lagi releven diamalkan.
“Kalau kita tidak dapat duduk semeja, dan kalau kita saling mementingkan diri tanpa mempertimbangkan pihak lain, kita akan lemah dan disisih. Bila kita lemah dan tidak dapat berdikari, akhirnya kita tidak lagi dapat memperjuangkan rakyat,” kata Sabini.
“Kita pernah menjadi parti terkuat, kerana kita bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama. Bila orang nampak kita ada perpaduan maka orang pecahkan perpaduan kita dan kitapun lemah. Kalau kita tidak bersatu-padu akhirnya kita tidak lagi releven.”
Menurut Sabini, PBS masih releven kerana gabungan pemimpin lama dan baru kini mulai membentuk barisan mantap memperjuangkan rakyat. 
“Tidak benar PBS lupa perjuangan. PBS sedang berjuang namun adakah perlu kita heboh-heboh? Usaha PBS Kemabong dari beberapa segi menjadi ‘Check and balanced’ mulai berhasil. Bukan macam segelintir pihak yang lebih banyak putar-belit seumpama, ketam mengajar anaknya berjalan lurus,” sindir beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: