PERTAMBAHAN AHLI PETUNJUK KERELEVENAN

Pertambahan ahli baru menunjukkan Barisan Nasional masih releven dan mendapat sokongan di hati masyarkat. Kira-kira 300  permohonan keahlian Parti Bersatu Sabah (PBS) telah diserahkan kepada Presiden PBS, Tan Sri Datuk Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan di Hotel Perkasa Tenom, 27 Ogos lepas.
Permohonan ini meliputi pertambahan ahli cawangan dan penubuhan cawangan baru. Mutang Tuie, Penaja Cawangan Kalamatoi Ulu memaklumkan bahawa mereka telah terpaut dengan perjuangan BN khususnya PBS yang banyak mengutarakan permasalahan rakyat.

Menurutnya, keprihatinan pemimpin BN mendengar dan menangani keperluan rakyat menunjukkan omongan pembangkang sebagai tidak tepat.
“Saya tahu PBS banyak bersuara dan YB kita prihatin. Buktinya beberapa permintaan kami dilayan,” kata Mutang.
Marcus Sangor pula memaklumkan bahawa penyertaan mereka dalam BN berpunca dari rasa yakin akan kemampuan pemimpin BN seperti Rubin, Raimie dan Sabini yang komited berkhidmat untuk rakyat.
“Jika ada komen pun, lebih berkaitan kelemahan kepimpinan bawahan dan pelaksanaan. Bukan kelemahan dasar kerajaan,” katanya.
Beberapa ahli yang ditemui mengakui bahawa semenjak PBS diaktifkan semula, ianya telah menjadi mekanisme ‘Check and balance’ terhadap agensi kerajaan dan kepimpinan. Menurut mereka, peranan PBS dilihat sebagai ‘ombak pembina’ bukannya pembangkang dalam BN.
Sabini Ansumor ketika mengulas berkaitan penambahan berkenaan, mengalu-alukan kesudian penduduk menjadi ahli. Menurutnya, pertambahan berkenaan mendorong beliau meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat yang diwakilinya.
“Ini boleh memperkuatkan Barisan Nasional. Sokongan ini bukan bermakna rakyat membabi-buta mengundi kita. Sebaliknya mendorong kita kerja kuat. Ianya merupakan pengiktirafan terhadap perjuangan yang tulus kepada rakyat. Bukanya lesen untuk duduk goyang kaki,” tegasnya.
Beliau turut mengajak semua pemimpin agar sentiasa peka terhadap permasalahan rakyat dan mendekati rakyat bagi memberikan khidmat terbaik kepada mereka. Menurutnya rakyat sebenarnya ghairah melihat rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan dalam perkhidmatan mereka.
Pairin berada di Tenom kerana merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Kemabong. Kedatangan beliau diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yee Moh Chai dan Datuk Radin Malleh. Yee tidak bersama semasa majlis namun berpeluang beramah mesra semasa jamuan minum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: