KERANA GANGGUAN BEKALAN, KELAMBU DIBAKAR

Pendaftaran pengundi baru di bawah cahaya lampu suluh.
Kerana berang dengan gangguan bekalan api yang sering dialami sejak 16 September, seorang lelaki membakar kelambu. Menurut sumber, tindakan simbolik sebagai protes terhadap kelemahan pihak tertentu dalam perkhidmatan.
Masalah gangguan elektrik secara berkala telah lama dihadapi di Kemabong namun semakin kerap sejak akhir-akhir ini. Gangguan berkenaan berlaku tanpa notis turut menjejaskan bekalan air dan kemudahan perhubungan telefon selular.

Menurut Ng, gangguan bekalan elektrik menyebabkan alat elektrik terdedah kepada kerosakan. Beliau turut mempersoalkan adakah pihak tertentu sedia membayar kerugian akibat gangguan berkenaan.

“Saya hairan kenapa pihak tertentu masih belum mengambil tindakan pencegahan atau penambah baikan,” katanya.

Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS Kemabong ketika menerima beberapa aduan, menasihati penduduk agar bertenang. “Kita akan memaklumkan pihak berkenaan dan berharap tindakan segera akan diambil,” tegas beliau.
Isu ini bukan hanya hangat diperkatakan penduduk malah menjadi bahan modal pembangkang. Maka wajar pihak berkenaan mengambil tindakan proaktif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: