Mesyuarat Agung Tahunan PBS Kemabong

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian N.36 Kemabong telah diadakan pada 27 Ogos 2011 di Hotel Perkasa Tenom. Majlis Perasmian disempurnakan oleh Presiden PBS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan.
Dalam ucapannya, Pairin menyeru golongan muda supaya tidak memilih pekerjaan selain mendekatkan diri dalam teknologi dan kemahiran. Kepesatan pembangunan hasil usaha gigih kerajaan menuntut generasi muda berdaya saing selain membudayakan ilmu.
“Tidak ada yang mudah dalam mencapai sesuatu tujuan dan matlamat. Kita mesti berusaha dan kadangkala menghadapi pelbagai rintangan dan halangan. Menerusi usaha berkenaan kita akan lebih menghargai erti pencapaian,” tegasnya.
Beliau turut mendorong para pemimpin supaya rajin mendekati rakyat dan berusaha menyuarakan masalah rakyat supaya kerajaan tahu masalah mereka selain dapat mencari jalan membuat penambah-baikan ataupun pengubahsuaian sesuatu dasar dan pelaksanaan.
“Para pemimpin akar umbi adalah telinga dan mata kerajaan. Mereka bukan hanya menghebahkan kepada rakyat apa yang kerajaan rancang dan laksanakan untuk kebaikan rakyat tetapi juga memaklumkan kerajaan akan kepincangan sesuatu program. Ini perlu agar kerajaan dapat memberi khidmat terbaik kepada rakyat,” tambahnya.
Berkaitan dengan pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pembangkang, Pairin menasihati penyokong PBS mengenalpasti punca sesuatu isu dan memastikan kesahihannya. Menurut beliau, adakala sesuatu isu itu bukannya dari dasar kerajaan tetapi kelemahan pelaksanaan.
Mengulas nasihat ini,  Setiausaha PBS Bahagian Florentius mengambil contoh kereta. Bila kereta tidak dapat berjalan dengan laju, segelintir menyalahkan jenama kereta sebagai tidak baik tetapi sebenarnya pemandunya yang tidak menekan pedal minyak, sebab itu kereta jalan tak laju. Menurutnya lagi, bila kereta terbabas, segelintir pemandu salahkan brek tak makan tetapi sebenarnya dia sendiri yang cuai.
Menurut Pairin, PBS pernah berada dalam pembangkang dan telah merasa bagaimana situasi pentadbiran dan pembangunan Sabah semasa sesi berkenaan. Menurutnya PBS telah merujuk kembali kepada kerajaan kerana menyedari banyak perkara yang boleh dilakukan untuk rakyat dalam kerajaan. Menurutnya, lebih banyak kebaikan yang dinikmati rakyat dalam kerajaan sekarang.
Dalam ucapan alu-aluannya, Ketua Bahagian PBS Sabini Ansumor yang mengekalkan jawatan berkenaan telah mengutarakan beberapa pandangan dan permasalahan rakyat kepada Presiden PBS. Antara yang usul berkenaan ialah masalah infrastruktur, perkongsian kuasa, pengagihan peruntukkan, tanah adat, pendidikan dan peningkatan taraf sosio-ekonomi rakyat.
AGM ini yang dihadiri oleh kira-kira 250 perwakilan dan pemerhati, turut dihadiri oleh isteri Presiden, Puan Sri Genervie Kitingan, Naib Presiden merangkap ADUN Melalap, Datuk Radin Malleh, PKR Melalap Balasius Masuning dan Setiausaha Bahagian Melalap, Saimon Mamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: