Pekan Tenom Selamat?

Pekan Tenom dianggap sebagai salah satu pekan yang bersih dan cantik di Sabah. Apa tidaknya, daerah yang kaya dengan keunikan flora dan fauna. Selain itu, bentuk muka bumi yang menarik menyebabkan nama Tenom terpahat di peta pelancongan Sabah. Ratusan pelancong asing berkunjung ke Tenom dengan destinasi utama ialah Taman Pertanian Lagud Seberang, Pusat Kebudayaan Murut di Pulong dan mengharungi cabaran alam berkayak di Sungai Padas.
Meskipun lambat namun perkhidmatan pengangkutan paling murah dan selamat- keretapi, menghubungkan  bandar Beaufort dengan Tenom mengambil masa 2 jam masih releven digunakan. Kepenatan perjalanan melengguhkan dari Beaufort ke Tenom berkenaan pasti akan hilang bila tiba di Tenom. Sebuah pekan kecil yang mula berkembang dari era kolonial British.
Menikmati keenakan dan kelazatan kopi Tenom bukan sahaja menjadi mercu tanda Tenom malah menjadi sumber pendapatan penting pertanian di sini. Hasil komuditi yang lain ialah getah, kelapa sawit, padi dan koko. Kegiatan penternakan khususnya lembu tenusu turut mewarnai ekonomi daerah ini.
Penduduk pekan ini yang jelas menunjukkan kepelbagaian kaum memberi gambaran bahawa pekan ini unik dan selamat. Kaum Murut, Lundayeh, Melayu, Cina dan Dusun hidup harmoni dan saling bergaul bagai isi dengan kuku. Apatah lagi rekod jenayah adalah antara yang terendah di Sabah. Kalau anda ingin melancong, Tenom adalah distenasi pilihan anda.
Sebalik itu, keselamatan dari anjing-anjing yang berkeliaran mestilah dilaksanakan. Kehadiran anjing secara bermusim perlu dikawal dengan baik supaya kelebihan dan nama baik Tenom tidak terjejas. Justeru itu pihak berkenaan perlu bekerjasama dengan penduduk setampat dan agensi penguatkuasa tertentu untuk mengusir atau menghapuskan komuniti anjing ini.
Kita berharap Tenom akan menjadi destinasi pelancong yang lebih produktif dan merupakan surga penduduk yang aman, menarik dan berdaya ekonomi dinamik. Tahniahlah kepada Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi kerajaan dan penduduk yang bagaikan aur dengan tebing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: