Sebahagian tetamu yang hadir. Ibubapa  Mary (memegang pisau) 
memberi sokongan kepada anak kesayangan mereka 
sambil diperhatikan oleh Sabini.
Kemabong, 9 Julai 2011. Satu Majlis Sambutan Kesyukuran Pelajar Cemerlang, Adik Mary Otoh telah diadakan di rumah En. Angkakai Ambatik di Kampung Tatau dan perasmian disempurnakan oleh Puan Sabini Ansumor selaku Ketua Bahagian PBS Kemabong.
Dalam ucapannya, Sabini memuji usaha gigih dan ketekunan yang ditunjukkan oleh para pelajar sehingga mampu menaikkan nama baik keluarga. Pelajar hendaklah didikasi dalam pelajaran mereka dan mengelak diri dari terbabit dengan gejala sosial dan membuang masa.
Ibubapa Adik Mary, Angkakai Ambatik yang turut merupakan Ketua Cawangan PBS Kampung Kemabong melahirkan rasa syukur dan terharu dengan kejayaan anaknya dan berharap majlis ini akan menjadi suntikan semanggat kepada anak-anak yang lain selain menjadi penarik kepada pelajar lain meningkatkan keputusan dalam pelajaran.
Beliau seterusnya berpesan seperti berikut:
“Pelajar: Pelajaran adalah penting untuk masa depan. Tumpukan perhatian kepada pelajaran dan berusahalah bersungguh-sungguh. 
Ibubapa: Jangan risau, pengorbanan untuk pelajaran anak-anak adalah suatu pelaburan. Ingatlah anak berjaya dalam pelajaran, kita juga yang senang kemudian hari.”
Dalam majlis yang sama, Sabini mengingatkan golongan belia suapa tidak mengamalkan sikap anti sosial. Contoh amalan anti sosial ialah suka mengasingkan diri atau tidak suka bergaul dengan orang lain. Menurutnya pergaulan mematangkan diri dan mampu meluaskan pengetahuan dan mengasah kemahiran berkomunikasi.
“Janganlah pula suka membuang masa dengan melepak. Utamakan kegiatan harian yang menjadi punca pencarian. Bagi belia yang masih belajar, teruskan belajar kerana ini akan menentukan masa depan kamu,” tambah Sabini.
Selain itu, Sabini mengalakkan golongan pelajar agar menjaga pemakanan dan membuat kerja-kerja arahan ibubapa sebagai satu latihan dan senaman. Menurutnya, otak yang cerdas lahir dari badan yang sihat dan cergas.
Ibubapa memainkan peranan yang besar dalam menyokong perkembangan mental dan emosi anak-anak. Beliau mencadangkan agar persekitaran keluarga yang harmoni dan konduktif penting untuk kemajuan anak-anak. Beliau turut mengongsikan beberapa tips lain yang berkaitan.

 Sabini diberi penghormatan menyuapkan kek kepada Mary, pelajar cemerlang.
Ketika ditanya berkaitan politik, Sabini memuji Kerajaan kerana memberikan bantuan PPRT kepada keluarga yang memerlukan dan dalam masa yang sama meminta yang belum mendapatnya untuk bersabar dan terus bertanya dengan pihak PHKKK dan UPKR.
Menurutnya lagi, Kerajaan sedia ada mempunyai banyak dasar yang baik yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. “Janganlah kita buang atau tukar kerajaan hanya kerana beberapa pelaksana yang kurang prihatin. turak pelaksana berkenaan dan kekalkan dasar yang baik,” kata beliau.
Majlis ini dihadiri oleh kira-kira 100 penduduk kampung. Turut hadir ialah Anggoh Mayah, Naib 1; Florentius Alex, Setiausaha Bahagian; Masirin Antikoh, AJK Bahagian dan beberapa pemimpin masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: