Signifikan Kehadiran PM di Kemabong

Kehadiran Datuk Seri Najib menyuntik harapan

Kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 Jun 2011 ini meskipun sebentar sedikit sebanyak merungkai keresahan penduduk Tenom khususnya Kemabong. Kehadiran beliau adalah untuk merasmikan Program Juara Rakyat anjuran UMNO Tenom.

Datuk Rubin Balang sebagai Ketua Bahagian UMNO Tenom mengatakan bahawa antara tentatif kehadiran PM ialah untuk menerima beberapa memorandum pembangunan selain menyaksikan sendiri pembangunan Kemabong setelah lebih kurang 20 tahun berada dalam UMNO.
Datuk Rubin turut memaklumkan bahawa PM akan menyaksikan penganugerahan geran komunal kepada peserta di Kabintaluan dan Pongolobon. Para peserta bersetuju geran berkenaan dipegang oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur selaku ‘Pemegang Amanah’ yang mutlak  bertanggung jawab memastikan semua tabir urus tanah berkenaan.
Dimaklumkan juga bahawa selepas penganugerahan tersebut, Pemegang Amanah akan menandatangani MoU dengan SLDB sebuah agensi kerajaan yang diswastakan untuk memajukan tanah berkenaan selama 30 tahun dengan memberikan 40 peratus keuntungan bersih hasil jualan kepada peserta secara kolektif.
Menurut Anggoh Mayah, rakyat telah lama ingin bertemu mesra dengan Pemimpin Nombor 1 Negara. Khabar dan transformasi yang diperkenalkan oleh pemimpin ini meniti dari mulut ke mulut namun hanya dalam kesempatan ini rakyat Kemabong berpeluang melihat sendiri pelopor 1 Malaysia berkenaan.
Anggoh turut bersyukur kerana menerusi program ini, para pemimpin setempat mulai kelihatan di lapangan dan melihat sendiri persediaan menyambut PM. Menurutnya, sekurang-kurangnya rakyat dapat mengubat kerinduan menerima jamahan kasih pemimpin ADUN dan MP.
Alius Ansakoi, pula memuji pembangunan yang sedang pesat dinikmati oleh Pekan Kecil Kemabong. Menurutnya, Kemabong kini kelihatan ceria, bersih dan membangun. Sentuhan pembangunan kelihatan sangat pesat (300%) dengan suntikan berjuta-juta ringgit menerusi projek penaik tarafan yang kena pada tempatnya. Beliau berharap rakyat menilai kemajuan pembangunan di bawah UMNO dalam tempoh 20 tahun termasuk kebajikan penduduk Zon Rundum dan Bakuku.
Menurut Alius, beliau banyak menerima pertanyaan berkaitan keprihatinan kerajaan dihampir semua kampung yang dilawati. Beliau mengakui kerajaan UMNO prihatin menaik taraf keperluan infrastruktur hingga ke bawah rumah seperti di Chinta Mata dan Sapong. Begitu juga ramai ahli UMNO mendapat mesin bimbit dan tangki air. Beliau berharap masalah kemarau di kampung lain selesai apabila pembenihan hujan dibuat.
“Biasanya orang kampung kalau dengar guruh dilangit, air setempayan dicurahkan. Di zaman moden ini mereka dengar ramalan kaji cuaca sebelum menadah air. Kaedah pembenihan hujan mesti mencurahkan hujan lebat bukan sekadar renyai-renyai. Diharap kehadiran PM akan membawa rahmat sehingga hujan rahmat menyejukan hati penduduk Kemabong,” kata beliau. 
Menurut Juru Perunding Hartanah, Antili Ambaris berpendapat bahawa sebagai pewaris kepada Sistem FELDA yang diasaskan oleh Tun Razak, Datuk Seri Najib dilihat ramai berkecenderungan meluaskan konsep berkenaan dengan pendekatan tersendiri menerusi penswastaan geran komunal. Beliau bersyukur kerajaan berjimat cermat dengan membelanjakan duit cukai rakyat secara saksama sehingga pembangunan sosio-ekonomi di kawasan geran komunal diambil-alih oleh SLDB.
“Kini pun kita mendengar kononnya SLDB sebuah agensi yang dikoperatkan membiayai sebahagian kos meraihkan PM yang dianggarkan mencecah 3 juta ringgit. Ini satu pelaburan yang sangat besar dan wajar dihayati oleh rakyat khususnya peserta Kabintaluan dan Pongolobon,” kata Antili.
PM kita berjiwa rakyat dan kita yakin dia sangat menghargai sumbangan rakyat meraihkannya menerusi Program Juara Rakyat yang mana akan dikenang selama 30 tahun menerusi MoU yang disaksikannya. Ternyata ketelusan hati peserta yang ghairah menerima tanah adat terserlah apabila mengaplikasikan slogan, “Jangan tanya apa kerajaan boleh beri, tanya apa yang kita boleh beri kepada kerajaan.”
Sebagai PM yang berkarisma, kita bangga dengan konsep 1 Malaysia dan slogan, “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.” Datuk Seri Najib telah meletakkan asas yang kukuh untuk meliberasikan pembangunan dan dalam masa yang sama mederegulasikan kongkongan pembangunan. Terpulanglah kepada pemimpin negeri dan setempat menterjemah dan merealisasikan citra murni PM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: