Intipati Memorandum dan Hal Berkaitan Geran Komunal

Berikutan wujud kekeliruan sesetengah pihak berkaitan Memorandum Tuntutan Tanah Adat oleh Penduduk Asal Kemabong yang diserahkan  oleh Puan Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS Kemabong kepada Timbalan Ketua Menteri, YB Tan Sri Panglima Toseph Pairin Kitingan dan Pesuruhjaya SUHAKAM, YBhg Jannie Lasimbang.

Pihak PBS Kemabong terpaksa mengeluarkan pernyataan rasmi berikut:

  1. Memorandum ini hanya mengandungi tuntutan pengeluaran tanah oleh Penduduk Asal terhadap Tanah Adat mereka.
  2. Memorandum berkenaan telah diusahakan semenjak tahun lalu dan bukannya bertujuan mensabotaj kedatangan PM seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
  3. seramai 24 ketua penuntut mewakili sekitar seribu lebih peserta, menuntut 24 kawasan terhad yang berbeza di daerah Tenom, Sipitang dan Pensiangan.
  4. Turut serta ialah dua tuntutan bertindih oleh penuntut Tanah Adat terletak dalam tanah milik syarikat /pemilik tertentu.
  5. Memorandum ini telah diusahakan sebelum wujudnya isu bantahan terhadap geran komunal. Memorandum ini tidak mempunyai sebarang klausa membantah pemberian geran komunal. 
  6. Memorandum ini pernah telah diserahkan kepada Timbalan Ketua Menteri pada Oktober, 2010 tetapi dikembalikan kerana tidak lengkap. Hanya lengkap dan berjaya dihantar kembali pada bulan Mei, 2011.
  7. Memorandum ini lengkap dengan dokumen dan gambar sokongan  oleh para penuntut dan bukannya tuntutan palsu seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.
  8. Kandungan memorandum ini telah melalui beberapa pemantauan oleh pihak polis.

PBS Kemabong turut mengeluarkan pernyataan rasmi berkaitan ucapan Puan Sabini Ansumor pada 18 JUN 2011 semasa sesi Inkuiri National SUHAKAM di Dewan Sri Antenom. Ini termasuk menjawab beberapa tuduhan liar di internet:

  1. Tujuan ucapan Pn. Sabini ialah mendapatkan maklumbalas perkembangan Memorandum yang dihantar pada Mei 2011. 
  2. Memohon pihak yang berkenaan agar memberikan taklimat berkaitan Geran Komunal agar orang umum dan para peserta mendapatkan gambaran yang jelas berkaitan Geran Komunal dan Terma Perjanjian/Pelaksanaan oleh Pemaju.

Menjawab tuduhan liar mengatakan Puan Sabini ingkar jemputan menghadiri Taklimat Berkaitan Geran Komunal pada 21 MEI 2011:

  1. Tidak ada sebarang jemputan bertulis diterima oleh Puan Sabini berkaitan taklimat berkenaan. Jadi isu Puan sabini ingkar tidak timbul dan tidak logik serta fitnah semata-mata.
  2. Tidak semua KK/PJKKK Kemabong dan tidak semua peserta yang terlibat dalam geran komunal dijemput hadir. Ini bercanggah dengan dakwaan pihak tertentu dalam internet.
  3. Tujuan Puan Sabini mengutarakan fakta berkenaan pada hari tersebut adalah sebagai  menjelaskan punca kekeliruan penduduk akibat kurang penjelasan. Lagi pula teguran ini demi kebaikan bersama.
  4. Berkaitan pendirian PBS Kemabong berhubung Geran Komunal, setakat 19 JUN 2011, belum ada pernyataan rasmi kerana masih menunggu dokumen tertentu berkaitan geran komunal dan Terma Perjanjian dari tempat lain yang mempunyai kes yang sama.

NASIHAT KAMI:

  1. Kaji dan fahami LAND ORDINANCE (Sabah Cap. 68)
  2. Kaji dan fahami Ordinan Tanah (Pindaan 2009)
  3. Kaji dan fahami Organisasi SLDB
  4. Kaji dan fahami Terma-terma Perjanjian Pemaju Tanah, Lalampas, Tongod yang terlibat dengan Geran Komunal dan SLDB (sebagai kemungkinan hampir sama/sama).
  5. Kaji dan fahami trend dan sensitiviti Penduduk Asal berkaitan NCR.

Keputusan pihak terlibat… Pendirian saudara dan saudari berkaitan isu ini pada Kajian dan Kefahaman 5 perkara di atas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: