Kuala Tomani Mohon Bekalan Air Terawat

Menyedihkan… Sumber air minum dan mandi di sungai yang deras dan keruh.

KK Bunsilou Latif mewakili penduduk di sekitar Kuala Tomani seperti Rolok, Tantalifon dan Manas memohon Jabatan Air membekalkan segera air terawat. Menurutnya, penduduk di Rolok dan Manas bergantung kepada bekalan air graviti yang sering bocor atau tersumbat. 

Menurut Bunsilou, beberapa surat telah disampaikan kepada pihak terbabit tetapi belum ada tindakan diambil. Pertambahan rumah tidak lagi menampung permintaan air untuk kegunaan domestik. Penduduk Tantalifon pula terpaksa mengambil air dari Sungai Padas menggunakan baldi atau gelen berulang-alik.

 Tangki air berkarat tempat menyimpan air kegunaan dapur.

“Sungai Padas ini deras, keruh dan merbahaya. Sudah beberapa orang lemas semasa mandi,” kata Andin Ambaris penduduk Tantalifon sambil menambah, “Kami risau akan keselamatan kanak-kanak.”

Difahamkan bahawa terdapat seramai lebih 45 buah keluarga di kawasan berkenaan. Beberapa rumah turut belum mendapat bekalan elektrik. Anehnya kawasan berkenaan hanya sekitar satu kilometer dari Kuala Tomani.
Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS Kemabong yang melakukan lawatan kerja di tempat berkenaan mengesahkan masalah tersebut dan mengesa pihak kerkenaan segera mengambil tindakan segera.
Kami mahu pembelaan dan kemajuan seperti kampung lain.

Menurutnya, kegagalan berbuat demikian akan mencacatkan slogan ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.’Beliau turut menolak kemungkinan kerajaan pilih kasih sebaliknya melihat kelemahan ini dari aspek pentadbiran setempat.

“Saya tidak mahu ada pihak terlepas pandang tentang kemudahan asas seumpama ini. Sebelum kita mencantikkan prasarana, kita kena jaga dahulu kebajikan asas dan tingkatkan ekonomi penduduk,” tegasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: