SUHAKAM terima Memorundum Tuntutan Tanah Adat dari Kemabong

Sabini menyerahkan memorundum kepada Jannie disaksikan 
rombonganjawatankuasa Tuntutan Tanah Adat 
dan Hak Asasi Penduduk Kemabong

“Hasrat mengeluarkan tanah adat dari Hutan Simpan dan Sabah Forest Industri (SFI) tidak akan berjaya jika penuntut terlibat tidak memberikan kerjasama,” kata Junnie Lasimbang, Pesuruhjaya SUHAKAM.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS Kemabong yang menyerahkan memorundum setebal 1200 muka surat. Sabini mewakili Jawatankuasa Tuntutan Tanah Adat dan Hak Asasi Penduduk Kemabong dianggotai 24 ketua penuntut.

Abadikan, Sabini menyerahkan memorundum tuntutan tanah 
kepada Datuk Henryanus Amin bagi pihak Timbalan Ketua Menteri

Difahamkan bahawa memorundum seumpama itu turut diserahkan kepada Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan melalui Datuk Henryanus Amin, Setiausaha Agung PBS.

Justeru itu, para penuntut dinasihatkan agar memberikan kerjasama kepada agensi kerajaan dan SUHAKAM apabila penyiasatan dan sesi dialog diadakan kelak. Apa yang penting menurutnya, penduduk hendaklah bermuafakat dalam membuat keputusan dan tindakan.

Menurut Jannie, pihaknya mendapat banyak pertanyaan dan memorundum berkaitan tanah adat dan hak asasi kemanusiaan dari seluruh Sabah. Beliau turut memberikan sedikit penerangan berkaitan SUHAKAM dan geran komunal.

“Sikap terhadap geran komunal ini sangat bergantung kepada perspektif pihak terlibat. Saya berpendapat kerajaan perlu memberi penjelasan terperinci berkaitan geran komunal ini,” kata Jannie.

Antara ketua penuntut yang hadir ialah Gambar Lusar, merayu agar kerajaan mempertimbangkan permohonan mereka. Menurut mereka, kawasan yang dituntut mempunyai kaitan sejarah nenek-moyang dan terpaksa berpindah atas arahan kerajaan terdahulu.

“Kami sudah tua, kami mahu kembali ke kampung halaman. Anak cucu kami juga ramai, mereka perlu tanah, dari tanah sahaja kami pandai mencari rezeki, kembalikan tanah kami,” rayu Gambar.

Menurut Sabini, sebahagian tuntutan datangnya dari kampung masih dihuni seperti Kapulu, Sumambu dan Katubu. Difahamkan penduduk di sana bergantung hidup dengan hasil tanah dan tidak mempunyai tanah di tempat lain.

“Tuntut tanah ini sudah lama diusahakan. Baru kali ini memorundum tuntutan secara kolektif dibuat. Termasuk dalam memorundum ini ialah tuntutan tanah adat dari Imahit. Berdasarkan situasi semasa, peluang pengeluaran tanah adat dari Hutan Simpan oleh kerajaan adalah cerah,” kata Sabini optimistik.

Hadir sama ialah Anggoh Maya, Naib 1; Ansapi Pawan, AJK; Florentius Alex, Setiausaha dan beberapa wakil penuntut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: