Penduduk Kolorok Perlukan Perhatian

 Nicholas sedang mengongsikan  pengetahuannya berkaitan SUHAKAM dan Geran Komunal.
“Kami mohon agar kerajaan segera membaik-pulih jalanraya daif, membina sebuah klinik desa dan mengeluarkan tanah adat dari Hutan Simpan,” kata Nicholas, Pengerusi JKKK kampung Korolok ketika ditemui oleh Sabini Ansumor, Ketua PBS Bahagian Kemabong semasa lawatan kerja.
Sebahagian penduduk bergambar kenang-kenangan. 
Kelihatan PJKK (memegang kertas) dan Ketua Kampung (bertopi di hadapan).
Menurut Nicholas, kampung Korolok dapat dihubungi dari Kemabong melalui jalan Ahuron atau Inubai. Jalan Ahuron dekat tetapi terpaksa melalui banyak jambatan uzur. Jalan Inubai pula jauh, sering runtuh, licin dan berlubang-lubang. 
Sabini berpeluang melalui Jalan Ahuron yang terbiar mengesahkan jambatan berkenaan merbahaya. Selepas melalui kedua-dua jalan berkenaan, Sabini berpendapat jalan melalui Ahuron dan Inubai perlu diselenggara demi memastikan kebajikan penduduk dan guru terpelihara.
Sabini meninjau jalan rosak diperhatikan Anggoh, Naib 1 dan Ajup, Ketua Pemuda Gumisi.
Sabini memuji usaha JKR menyimen jalan curam seperti di Lalandang, Inubai dan berharap usaha berkenaan dipanjangkan ke Korolok. Difahamkan penduduk Kolorok mahu jalanraya tanah merah digred dan ditimbun batu kelikir.
Menurut Sabini, Kementerian Kesihatan berhasrat untuk menempatkan klinik desa di mukim Rundum. Malangnya memandangkan status tanah dalam Hutan Simpan, hasrat berkenaan terpaksa ditangguhkan dan meneruskan perkhidmatan doktor udara.

Jalan Inubai yang terpaksa dicangkul oleh penduduk
supaya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.
Justeru itu Sabini merayu agar Tanah Adat dikeluarkan dari Hutan Simpan. Beliau memuji usaha penduduk giat bekerjasama dengan SUHAKAM berkaitan isu tanah. Mengulas berkaitan geran komunal, Sabini memohon pihak kerajaan tampil memberikan penerangan berkaitan geran komunal.
“Saya dapati penduduk di kampung menolak geran komunal. Menurut mereka, pindaan  tahun 2009 berkaitan status pemohon geran komunal menafikan hak tanah adat. Mereka menolak pemegangan geran  oleh pihak luar dan menentang penempatan semula. Mereka turut risau akan timbul isu pewarisan apabila penama dalam geran komunal meninggal,” ulas Sabini.
‘Kami dah sampai’, kata Sabini bergambar berlatarkan Korolok dari Jalan Ahuron.
Sabini memuji keindahan kampung Korolok dan mengalakkan penduduk mengusahakan pertanian secara berkelompok supaya meningkatkan taraf hidup. Nicholas turut menyampaikan permohonan kaum ibu agar wakil rakyat memperuntukkan sebuah mesin pengisar padi.
Simpati dengan kaum ibu yang terpaksa menumbuk padi untuk mendapatkan beras, Sabini berkeyakinan kerajaan akan mendengar permasalahan mereka selaras dengan konsep, ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: