Penternakan Ikan Menguntungkan

 Lusar melepaskan ikan dibantu oleh Anggoh dan isterinya.
Penduduk luar bandar yang tinggal berdekatan sungai disaran menceburkan diri dalam penternakan ikan air tawar. Saranan ini dibuat oleh Sabini, Ketua Bahagian PBS Kemabong semasa melakukan lawatan kerja ke Kampung Mampusu.
Difahamkan, penternakan ikan air tawar mempunyai prospek cerah. Permintaan tinggi dengan harga berpatutan menjadi pendapatan sampingan kepada para pekebun kecil. Beberapa jenis ikan seperti ikan kap, talipia, lampam jawa dan belut mendapat permintaan mengalakkan.
“Saya tidak mempunyai masalah pemasaran. Ikan laku dijual di tamu dan kadangkala turut dibeli pengusaha restoran,” kata Lusar Merapok. Lusar kini memiliki lapan kolam di kawasan seluas satu ekar. Kolam berkenaan mendapat air dari anak sungai berdekatan. 
“Tidak perlu banyak modal dalam penternakan ikan. Pembinaan kolam mendapat bantuan dari Jabatan Perikanan mengikut keluasan. Khidmat nasihat dan bantuan kepakaran pula disediakan oleh Jabatan Perikanan dan Koperasi Pembangunan Desa (KPD).
Saya hanya perlu membeli anak ikan dan baja ikan. Selebihnya menggunakan tenaga sekeluarga. Saya hanya meluangkan masa selepas menoreh dan tidak memerlukan masa yang panjang,” tambah Lusar.
Menurut Sabini kawasan Kemabong berpotensi dimajukan sebagai kawasan penternakan air tawar dari air sungai. Selain itu, penternakan ikan di kolam biasa, kolam konkrit dan dalam sangkar boleh diusahakan.
“Jika hasil keluaran ikan banyak, saya nampak peluang untuk diwujudkan kilang mengetin ikan cerah dan ini boleh meningkatkan nilai tambah pendapatan petani. Saya mahu pembangunan infrastruktur penduduk hendaklah seiring dengan pembangunan sosio-ekonomi penduduk,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: