Segerakan Pendawaian Elektrik SMK Kemabong

KEMABONG: Ketua Bahagian PBS Kemabong, Sabini Ansumor mengesa pihak terbabit menyegerakan pendawaian semula Flat Guru di SMK Kemabong. Difahamkan bahawa pendawaian di 3 blok berkenaan terlalu uzur manakala Blok 1 langsung tidak berfungsi.

Menurut Pengerusi Kelab Staf Sekolah, Gilbert Ondoi, bekalan elektrik di Blok  1 gagal berfungsi sejak Jun 2009. Blok setinggi 4 tingkat berkenaan menempatkan 8 rumah guru.

Penghuni di flat berkenaan terpaksa menarik wayar elektrik dari makmal sains di bangunan sekolah meskipun tidak digalakkan oleh SESB. Beberapa wayar elektrik dilihat terlentang seperti jemuran kain sejauh 100 meter menyeberangi padang sekolah. Ini merbahaya kepada pelajar sekolah dan anak penghuni flat.

“Kami tidak mempunyai pilihan. Sudah hampir 2 tahun keadaan ini berterusan. Kami perlukan bekalan elektrik dan minta pihak berkenaan (tolong) segerakan pendawaian semula,” kata Syaming Salleh, salah seorang penghuni Flat Blok 1.

Pengetua, Rashidie Marujin (kini mantan) sedang memberi taklimat kepada
Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Puad Zakarshi. 
Kelihatan dalam gambar wayar elektrik yang terpaksa ditarik dari sekolah ke flat guru.

Setakat ini pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak sekolah dan Pengerusi PIBG namun belum mendapat tindakan yang memuaskan. Julai tahun lalu, Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Puad Zakarshi telah melakukan lawatan kerja ke sekolah ini dan menerima memorundum berkaitan selepas mendengar taklimat ringkas mantan pengetua ketika itu, Rashidie Marujin.

Menurut Sabini, difahamkan peruntukkan untuk kerja-kerja penyelengeraan dan pendawaian semula elektrik di flat sekolah ini belum ada. Sabini merayu pihak berkaitan supaya segera mencari jalan supaya masalah ini diatasi segera sambil menekankan bahawa 2 blok flat guru yang berdekatan bakal mengalami kegagalan berfungsi.

Dalam masa yang sama, Sabini turut
memaklumkan aduan guru dari SK Kolorok berkaitan kedaifan
jalanraya ke kampung Kolorok. Menurut guru berkenaan, penduduk kampung
mengeluh keadaan jalanraya yang berlubang, becak dan licin membahayakan
pengguna. Difahamkan juga sering kali motorsikal guru terbabas akibat jalan licin dan guru tercedera.

“Jalan ke Kolorok melalui Ahuron hanya dapat dihubungi menggunakan
motorsikal. Sementara itu masa yang lama terpaksa diambil jika menerusi
Jalanraya Inubai yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat
roda dan tidak dapat dilalui pada musim hujan,” lapor Sabini.
Menurutnya, inilah
masa pihak berkenaan merealisasikan motto, ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.


Sabini berkata demikian semasa merasmikan penutupan Pertandingan Sepak Takraw (lelaki) dan Bola Tampar (wanita) Piala Sabini di sini. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: