BELIA DISARAN KUKUHKAN SEMANGAT KESUKANAN

 Pemandangan hebat di Pertandingan Piala Sabini.

KEMABONG,
sebanyak 41 pasukan menyertai Pertandingan Sepak Takraw (Lelaki) dan 14
pasukan menyertai Pertandingan Bola Tampar (Perempuan) menerusi Piala
Sabini yang dianjurkan oleh PBS Kemabong. Piala Sabini ini dilangsungkan dari 30 April hingga 1 Mei 2011 di Dewan Sri Ontoros Kemabong.

Sepanjang
pertandingan ini, dianggarkan seramai 1200 orang penonton dan pemain
berkampung. Apa yang menariknya, pertandingan ini mendapat penyertaan
yang sangat ramai dan meriah.
Menyusun strategi, mencari formula.
 
“Saya tidak sangka penyertaan begini
ramai. Walau bagaimanapun saya bersyukur para beliawan dan beliawanis
kita gemar bersukan dan bereakriasi,” kata Sani Ensor, Penyelaras Piala
Sabini.
Menurutnya, para pemain menunjukkan komitmen yang tinggi
meskipun terpaksa menunggu giliran yang agak panjang. Perlawan sepak takraw menerusi
sistem ‘double knock-out’  menyaksikan persaingan sengit yang menarik dan
bertenaga.
Sebahagian pemain sedang duduk menyaksikan permainan bola tampar.
“Difahamkan rata-rata pasukan yang menyertai melahirkan
rasa puas hati dengan mutu penganjuran dan berharap Piala ini
dianjurkan sekali lagi pada masa yang terdekat,” kata Sabini Ansumor,
Ketua Bahagian PBS Kemabong.
Tambahnya lagi, “penyertaan yang
banyak selain semangat kesukanan yang tinggi sangat dipuji. Inilah masa
kita mempereratkan kerjasama, persaudaraan dan perhubungan selain
mengukuhkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan sukan.
Timang tinggi-tinggi, lipat rejam biar tajam.
 
Saya turut
memuji kaum ibu yang menunjukkan komitmen tinggi semasa pertandingan
bola tampar. Ada yang hadir bersama keluarga dan ada juga yang sempat
menyusukan anak. Saya tahu dan faham tanggung-jawab kamu sebagai ibu.
Saya sangat menghargai semangat kesukanan kamu.
Saya sedih
sebab pertandingan bola tampar terpaksa disambung hari Sabtu (6 Mei
2011) depan. Apakan daya, inilah realiti jika pasukan banyak tetapi menggunakan sistem liga. Harap kamu
sabar dan gunakan masa yang ada untuk berlatih. Kita jumpa lagi.”

 Kelihatan pemain sepak takraw menanti wisel ditiup.
 
Pertandingan Sepak Takraw selesai pada jam 10.50 malam dan difahamkan
Pasukan PBS Penganjur muncul juara Pertandingan Sepak Takraw (lelaki)
Piala Sabini. Kedua Pasukan SPKT dan Ketiga Pasukan Skim.
Pada masa yang sama, Sabini mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa
Penganjur yang diselaraskan oleh Sani Ensor. Menurut Sabini, kejayaan
ini berkemungkinan akan disusuli oleh penganjuran yang lain. Apa yang
pasti menurutnya, semangat kesukanan hendaklah menjadi jati diri para
beliawan dan beliawanis. 

Turut hadir ialah beberapa pemimpin setempat, ahli Jawatankuasa PBS Bahagian, Pemuda dan Wanita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: