Signifikan Keputusan PRN-10 Sarawak kepada PRU-13 Malaysia

Tahniahlah kepada Parti Barisan Nasional yang berjaya memenangi Pilihanraya Negeri ke-10 (PRN-10) Sarawak pada 16 April 2011. Keputusan lebih 2/3 ini zahirnya dilihat sebagai isyarat jelas menunjukkan bahawa rakyat di Sarawak masih meletakkan kepercayaan kepada kerajaan sedia ada. 
Meskipun begitu, pertambahan kerusi yang diperolehi pembangkang menunjukkan bahawa terdapat pengenduran ketara sokongan kaum Cina. Ini secara langsung menimbulkan tanda-tanya sejauh mana keberkesanan peranan dan komitmen pemimpin/parti Cina. 
Apa yang pastinya, pelbagai kelemahan dan isu yang dikenalpasti sepanjang penggal pemerintahan dan kempen, wajar diambil perhatian serius dan tindakan pemulihan dan penambah-baikan dibuat segera. Bukanlah masanya untuk pemenang bersuka-cita sebab Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
Umum maklum bahawa PRN-10 ini merupakan titik tolak bila PRU-13 diumumkan. Pelbagai hipotesis tentang bila pembubaran dewan diumumkan telah diwar-warkan. Ada yang mengatakan pilihanraya bakal diadakan dalam masa terdekat, tidak kurang pula mahukan ianya diadakan lewat sedikit.
Berikut adalah pertimbangan wajar dibuat menurut kaca mata PBS Kemabong:
1. PRU-13 wajar disegerakan:
  • Pertambahan kerusi pembangkang: Pada PRN-9 tahun 2006, pembangkang hanya memperolehi 9 kerusi dimana DAP (6), PKR (1), SNAP (1) dan Bebas (1). PRN-10 menunjukkan pembangkang memperolehi 16 kerusi dimana DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Dikuathiri jika terlalu lewat, pembangkang semakin kuat dan berpeluang mencucukkan siasah.
  • Pembangkang tingkatkan kerjasama: Kita dapati semasa PRU-10, parti-parti pembangkang gagal mencapai kata sepakat. Di beberapa kerusi, berlaku pertembungan sesama pembangkang menyebabkan undi mereka pecah selain BN memperolehi undi percaya. Namun, hal ini tidak akan lama, dimana pembangkang terpaksa duduk dan berkompromi selepas melakukan bedah siasat.
  • Pembangkang kekurangan dana: Inilah masa yang sesuai untuk membubar dewan sebab PRN-10 mengakibatkan pembangkang kekurangan dana. Dana ($) berkenaan digunakan untuk kempen namun kegagalan dalam pelaburan pilihanraya menyebabkan dana susut selain para pelabur bersikap was-was.
  • Pembangkang tidak bersedia: Bukan mudah untuk bersedia. Pembangkang perlu merancang strategi, mobiliti selain menyusun semula kerjasama dan pendekatan. Memandangkan strategi sebelum ini gagal maka pembangkang perlukan masa untuk bangkit semula. Mereka tahu jika diadakan dalam masa terdekat, mereka tetap gagal. formula baru.
  • Pembangkang kehilangan bisa: Kita dapati pembangkang kehilangan formula dan resepi yang lebih menyengat. Mereka berharap isu NCR, telaga minyak, agama, royalti dan ketidak-telusan menjadi senjata yang ampuh namun rakyat tidak termakan sebaliknya terus mengundi untuk BN. Umum beranggapan, sentimen yang sama tidak akan membawa pembangkang ke Putera Jaya.
  • Pembangkang sukar bekerjasama: Pembangkang menerusi ideologi dan pendekatan yang berbeza nampaknya pada bila-bila masa sukar bekerjasama. Selagi PAS masih dengan sentimen agama Islam; DAP dengan slogan ‘Malaysia-Malaysian’; dan kerapuhan PKR berhadapan krisis kepimpinan dan skandal, setakat ini dengan mudah diperkotak-katikkan BN.
  • Pembangkang setempat tidak mendapat tempat: Rekod SNAP sebagai parti tempatan Sarawak yang gagal meraih sebarang kerusi menunjukkan bahawa formula Sarawak-Sarawakian tidak releven lagi didendangkan. Jika sedemikian, pendekatan Borneo-borneosasi berkemungkinan turut gagal.
  • Pembangkang DAP semakin menonjol: Kita dapati DAP memperolehi pertambahan 100 peratus bilangan kerusi (6 kepada 12 kerusi). Adakah angka ini menunjukkan sekurang-kurangnya 2/3 kerusi majoriti Cina akan jatuh ke tangan pembangkang? Agaknya dengan Teori Penafian mampu meredakan perkembangan ini? Kononnya, jika PRU diadakan sekarang dan kawasan momentum perkauman ini ditampan, pembangkang akan tersekat lima tahun dan menjadi lemah.
Namun di sebalik hujah berkenaan, kita dapati wujud keperluan untuk mempertimbangkan kemungkinan untuk melewatkan PRU-13. Logiknya berteraskan kepada beberapa hujah seperti berikut:
2. PRU-13 wajar dilewatkan:
  • Tempoh masih panjang: Jika kuantiti tempoh 5 tahun diambil kira, penggal sedia ada hanya akan tamat pada Mac 2013. Ini bermakna kita mempunyai sekitar 2 tahun lagi. Masa yang tersisa ini jika dipergunakan dengan baik boleh memberi manfaat kepada kemakmuran negara dan kestabilan parti BN. Apa tidaknya, pelbagai perancangan seperti pelaksanaan RMK-13 masih membutuhkan komitmen YB sedia ada selain mengurangkan komplikasi peralihan pelaksana.
  • Prestasi kebanyakkan pembangkang import turun: Kita dapati hanya DAP yang mengungguli pencapaian kerusi di kalangan parti-parti import. Maknanya PAS dan PKR masih berantakkan dan gagal menarik minat pengundi. Selagi PAS dilihat sebagai parti Islam dan PKR belum berdaya mengawal krisis kepimpinan dan membersihkan imej kepimpinan, selagi itulah rakyat memilih parti yang lebih stabil dan sederhana.
  • Kedudukan selesa 2/3: Kemenangan 2/3 menunjukkan rakyat tidak terbeli dengan provokasi, kehebatan ‘Buku Jingga’ dan isu yang dibangkitkan pembangkang. Kedudukan ini memberitahu kita bahawa majoriti rakyat masih yakin akan dasar dan matlamat kerajaan sedia ada. 
  • Isu panas mampu digengam kerajaan: Pembangkit secara sistematik malah dengan ahli NGO tertentu menusukkan benang kebencian dan sentimen negatif. Isu NCR, royalti, konsensi telaga minyak, perkonsian kuasa komponen, ketelusan peruntukkan, dan rekod pembangunan menjadi perbincangan hampir di mana sahaja. Walau bagaimanapun keprihatinan dan langkah pencegahan menkonduksikan haba menjadi suam.
  • Intipati Buku Jingga dipersoalkan: Kiranya pengundi melihat Buku Jingga sebagai dokumen bernas, sudah tentulah ianya mempengaruhi pertimbangan pengundi. Namun kononnya secara vokal dan praktik, buku berkenaan masih cacat dan agaknya perlu dikaji semula. Ini secara langsung, pembangkang perlu mencari resepi baru dan kemujizatan untuk menukarkan kedegilan rakyat.
  • Pergunakan masa yang ada: Kerajaan mendapat isyarat jelas bahawa tempoh yang ada perlu digunakan sebaik mungkin supaya keyakinan rakyat semakin kental dan terbukti releven kepada rakyat. Jika kerajaan belum yakin dapat memendamkan pembangkang, seumpama ‘memukul ular biar kepala remuk dan mati, jika tidak adalah baik ular itu kurung’.
  • Penjimatan kewangan: Setiap kali pilihanraya, BN dan pembangkang terpaksa membelanjakan wang yang banyak. Perbelanjaan ini akan dapat dijimatkan jika pilihanraya diadakan pada masanya mengikut akhir penggal. Setiap sen wang dilihat sebagai berharga lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.
Selama saat bertenang dan bermuzakarah, adalah bijak bagi BN mempraktikkan pendekatan berikut:
  1. Ambil tindakan: Lazimnya rakyat menagih janji-janji kerajaan dan YB. Sebahagian mereka menuntut tindakan terhadap setiap isu dan permasalahan setempat ditangani dalam kadar segera dan berkesan. Kononnya majoriti penduduk kawasan tertentu tertanya-tanya bilakah kerajaan ambil tindakan yang menyebabkan kegusaran mereka kendur. Alasan kononnya peruntukkan lulus namun peruntukkan belum ada tidak menjernihkan keadaan.
  2. Fahamkan rakyat: Kerajaan BN perlu memberikan kefahaman kepada rakyat akan ‘Prosedur Manual Kerja’ sebenar dalam pemberian peruntukkan, penyelesaian masalah dan urusan susun-atur tadbir sosio-ekonomi negara. Penerangan ahli politik nampaknya mulai diragui, sebaliknya pegawai profesional kerajaan hendaklah turun padang supaya wujud ketelus pentadbiran yang memihak kepada kebaikan bersama rakyat.
  3. Ambil masa: Masa masih panjang, RMK-13 belum dilaksanakan kerana baru diperingkat awal sedangkan intipati dan matlamatnya cantik. Kiranya PMK ini dapat dilaksanakan, tentunya imej kerajaan sedia ada akan meningkat. Masa yang agak panjang ini boleh digunakan juga untuk mendesak pemimpin PR menunaikan manifesto mereka dalam PRN-10. Jika pencapaian mereka jauh meleset maka ini akan menyebabkan populariti dan tahap keboleh percayaan rakyat terhadap mereka jatuh.
  4. Kukuhkan perkongsian kuasa: BN meskipun ditunjangi oleh UMNO, masih memerlukan parti komponen sebagai pemangkin kejayaan. BN nampaknya perlu mengekalkan nafas dan resepi mantap awal merdeka yang berupaya mengikis setiap usaha anasir subversif dan terbuka pembangkang. Perkongsian kuasa tidak akan berjaya tanpa rasa rendah diri dan keinginan untuk mempraktikkan pendekatan ‘win-win situation’. Maka dicadangkan ‘usaha campur-tangan’ atau ‘buli’ serta ego dikalangan pemimpin parti komponen dielakkan. Tidak guna untuk menjada kerusi atau keegoaan menyebabkan parti atau BN terdedah pada perpecahan. Kita mesti ingat, antara punca sokongan masyarakat Cina dan India menurun adalah kononnya kerana krisis dalaman BN.
  5. Teluskan peruntukkan: Meskipun tidak ada bukti kukuh, terdapat suara mengesa agar kuantiti peruntukkan sampai ke sasaran dalam kuantiti dan kualiti yang signifikan. Kononnya, E-kasih telah menjadi ‘Pilih kasih’ dan ketirisan peruntukkan, apatah lagi lesapnya peruntukkan menjadi khabar angin yang tidak seronok didengar. Maka situasi bebas rasuah perlu mendapat keutamaan kerajaan. Hal ini mendesak SPRM dan pemantau kerajaan diperhebatkan.
  6. Rombakkan kepemimpinan: banyak gesaan agar pemimpin yang lama perlu ditukar dengan yang baru. Natijahnya mendapati tidak wujud pemimpin yang lama tidak idealistik. Kita dapati pemimpin lama ada yang masih berminyak dan diperlukan oleh negara. Bagi mengelakkan wujudnya kepincangan, pemimpin yang terbukti masih bersih dan efektif hendaklah dipindahkan potfolio. Ini penting bagi membendung andaian, ‘lama di sesuatu porfolio maka poket pun lusuh berlubang.’ Ini termasuk juga kepada pemimpin diperingkat pertengahan dan bawahan. Amalan pendemokrasian dan pembersihan kepimpinan lebih baik seumpama ‘mencegah lebih baik dari mengubati.’
  7. Pulangkah buah keras: Pelbagai cacian dan provokasi telah diterima oleh BN. Masa yang ada perlu dipergunakan sebaik mungkin oleh BN dalam menepis dan seterusnya berusaha membongkar kelemahan pembangkang. Ikatan rapuh pembangkang dilihat sebagai pakatan yang ideal dibawa ‘bermain dan bergurau-senda’.
Sudah sampailah masanya, pemimpin pusat membuat keputusan berdasarkan pertimbangan yang jitu. Kedua-dua pilihan yang dicetuskan oleh keputusan PRN-10 sebagai mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Sebagai rakyat dan pemimpin bawahan, kami menyerahkan keputusan kepada kebijaksanaan pemimpin atasan. Apapun dalam BN, kami mengharapkan yang terbaik dan akan terus memberikan idea demi untuk kesahjeteraan rakyat dan keutuhan BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: