Manifesto BN vs PR Sarawak

PRN ke-10 Sarawak menyaksikan pertembungan dua gergasi politik yang berseteru iaitu Barisan Nasional yang secara umumnya diwakili oleh parti tempatan Sarawak dipimpin oleh Datuk Patinggi Taib Mahmud dengan Pakatan Rakyat yang dimonopoli oleh parti import dilobi oleh Baru Bian yang kini menyarung jersi PKR.
Menariknya di sini, tsunami politik yang melanda politik Malaysia akibat keputusan PRU-12, 2008 yang telah memahkotakan Sabah dan Sarawak sebagai ‘fixed deposit’. Anugerah berprestij ini diberi atas sumbangan menyelamatkan BN dari kehilangan Putra Jaya. Malangnya keputusan PRK Sibu menunjukkan isyarat keras rakyat Bumi Kenyalang bahawa ‘fixed deposit’ berkenaan boleh terbatal.
Maka dengan pembubaran DUN, membolehkan gelanggang PRN ke-10 dibuka untuk beradu kekuatan dan pengaruh. Apa yang pastinya kita sangat berharap peraduan ini janganlah kiranya ‘gajah sama gajah berkelahi, pelanduk mati di tengah-tengah’. Lantaran itu, kita mempelawa para pengundi menatap dan menilai dengan mata hati akan kandungan manifesto ke dua-dua pihak.

Berikut adalah manifesto Barisan Nasional Sarawak menjelang Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10 2011.
Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN

1) Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak
2) Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum
3) Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua
4) Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua
5) Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita
6) Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara
7) Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik
8) Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan
9) Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia
Sembilan intipati manifesto ini diharap akan dapat meyakinkan rakyat Sarawak untuk terus mengekalkan kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan yang sah!

SILA BANDINGKAN DENGAN

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT SARAWAK (dipetik dari: http://www.sarawak4change.com)
KAMI MENJULANG kedaulatan rakyat, “KETUANAN RAKYAT”.
KAMI MENGAKUI bahawa Sarawak kaya dengan sumber asli, dan mempunyai kawasan tanah terbesar tetapi rakyatnya adalah di kalangan termiskin di Malaysia.KAMI MENGIKTIRAF BAHAWA RAMAI SEDANG MENDERITA dengan gaji rendah, kekurangan peluang pekerjaan dan hidup dalam suasana perniagaan yang tidak adil dan yang dimonopoli oleh beberapa individu tertentu. Harga barangan keperluan seperti petrol, gula, tepung, beras dan pengangkutan semakin meningkat. Kehidupan menjadi lebih sukar. Rakyat menderita!
TETAPI, pemimpin-pemimpin Kerajaan Barisan Nasional dan kaum kerabat mereka semakin kaya melalui eksploitasi rakyat marhaen Sarawak.
CUKUP-CUKUPLAH! Masa sudah sampai untuk mengundikan sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat. Untuk tujuan ini, KAMI, PAKATAN RAKYAT SARAWAK, BERIKRAR AKAN MELAKSANAKAN dasar-dasar berikut untuk Sarawak.
1. Kebebasan Kepercayaan
-KAMI MENJAMINKAN KEBEBASAN BERAGAMA seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa sebarang bentuk halangan dan tidak akan mendiskriminasikan dalam proses bantuan dan peruntukan bagi sesuatu kepercayaan atau agama, sekaligus mengekalkan status Sarawak sebagai sebuah negeri bersifat sekular.
2. Pentadbiran Yang Baik
-KAMI JANJIKAN PENTADBIRAN YANG BAIK berdasarkan prinsip-prinsip antarabangsa Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT), yang akan mewujudkan dan menggalakkan sesatu pentadbiran bersih berdasarkan kebajikan rakyat, peluang perniagaan yang saksama, dan mengembalikan kebanggaan terhadap negara, patriotisme dan harga diri di sektor awam.
-KAMI JANJIKAN KEADILAN DALAM PENGAGIHAN pendapatan dan kekayaan negeri Sarawak dan menamatkan amalan pilih kasih, rasuah, kronisme dan nepotisme.
-KAMI BERJANJI UNTUK MENUBUHKAN SEBUAH SURUHANJAYA PENYIASATAN BEBAS untuk menyiasat tuduhan-tuduhan kekayaan yang diperolehi secara haram ahli-ahli politik BN serta kroni-kroni mereka dan untuk mengembalikan kekayaan kepada rakyat Sarawak.
-KAMI BERJANJI UNTUK MENUBUHKAN SEBUAH OMBUDSMAN untuk menerima aduan daripada orang awam untuk tujuan menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh menteri-menteri kerajaan dan ketua-ketua jabatan.
KAMI BERIKRAK UNTUK MEMULIH KEMBALI pilihanraya untuk semua pihak berkuasa tempatan termasuk adat ruai dan / atau adat memilih Ketua Kampung atau Ketua Masyarakat supaya mengembalikan kuasa kepada rakyat pada semua peringkat.
3. Reformasi Tanah & Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra
-semua pajakan yang telah luput akan diperbaharui untuk 99 tahun tanpa sebarang syarat;
-semua notifikasi s.47 akan lelap secara automatik selepas 2 tahun pewartaan;
-pemberi milikan tanah akan dijalankan melalui tender terbuka; dan
-Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra akan dibentuk untuk menyiasat semua tuntutan Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR), dan selepas itu mengkaji selidik dan mengeluarkan geran atau pajakan bagi tanah yang dipersoalkan sejajar dengan adat kaum asli Sarawak.
4. Pembasmian Kemiskinan
-KAMI BERJANJI untuk menubuhkan Dana Pembaskian Kemiskinan sebanyak RM1 Billion untuk memastikan bahawa tiada keluarga di Sarawak terpaksa hidup di bawah garis kemiskinan rasmi.
-KAMI BERIKRAK UNTUK MENJANA EKONOMI LUAR BANDAR dengan pembinaan jalan raya menghubungkan kesemua kawasan luar bandar Sarawak yang akan mempercepatkan peruntukan dan pembinaan kemudahan awam termasuk sekolah, tadika, perkhidmatan perubatan dan telekomunikasi.
-KAMI AKAN MENGGALAKKAN keusahawanan pertanian seperti pekebunan kecil melalui pembiayaan mikro bagi
5. HUBUNGAN PERSEKUTUAN-NEGERI
-KAMI BERIKRAK untuk mengekalkan hubungan baik persekutuan-negeri sejajar dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963, dan memastikan bahawa mana-mana marginalisasi, pengabaian dan pengenepian kepada 18 perkara akan diberi perhatian dengan segera.
-Kami yakin bahawa Pakatan Rakayat akan mengambil alih kerajaan pusat dan KAMI MENJAMIN akan meningkatkan royalti petroleum dari 5% kepada 20%.
-KAMI PERCAYA bahawa peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam Sarawak harus mengutamakan rakyat Sarawak.
6. SARAWAK YANG LEBIH HIJAU
-KAMI AKAN MEMASTIKAN pematuhan dan pelaksanaan undang-undang Negeri dan Antarabangsa dan/atau apa-apa konvensyen atau resam berkenaan dengan persekitaran untuk manfaat generasi masa depan.
-KAMI AKAN MEMBERHENTIKAN pembinaan empangan yang berlebihan.
-KAMI AKAN MELARANG sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
7. LAYANAN ADIL KEPADA SEMUA RAKYAT SARAWAK
-KAMI BERKOMITED untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang stabil, pembangunan lestari dan satu agihan pendapatan yang lebih adil berdasarkan kerja keras, daya saing dan inovasi teknologi.
-KAMI AKAN BERUSAHA untuk mengekalkan kemesraan dengan pelabur, menitikberatkan pelaburan jangka panjang dalam modal insan dengan menawarkan insentif kewangan bagi semua industri untuk meningkatkan kemahiran teknikal pekerja-pekerja mereka serta proses-proses pengeluaran mereka.
-KAMI BERJANJI untuk mendaftarkan dengan segera mana-mana orang Sarawak yang tiada kerakyatan dan juga untuk memberikan dokumen kewarganegaraan kepada semua rakyat Malaysia yang berasal dari Sarawak.
-KAMI BERIKRAR untuk menyumbang RM200-00 kepada setiap kanak-kanak asal Sarawak yang akan memulakan darjah satu.
-Sebagai penghargaan sumbangan mereka kepada Negeri Sarawak, KAMI BERJANJI untuk memberi bantuan kebajikan tahunan sebanyak RM600-00 kepada semua warga emas Sarawak berusia 60 tahun ke atas dan untuk
menubuhkan sistem sokongan masyarakat dalam setiap pihak berkuasa tempatan.
8. KEBUDAYAAN DAN PENDIDIKAN
-KAMI MENGHORMATI hak perlembagaan semua kumpulan etnik untuk mempelajari bahasa-bahasa ibunda masing-masing dan berjanji akan berlaku adil dan saksama terhadap pendidikan bahasa ibunda.
-KAMI BERIKRAR bahawa semua sekolah akan diberikan peruntukan sistematik menurut keperluan tanpa mengira latar belakang, seperti yang diamalkan di Pulau Pinang, Selangor dan -Kelantan, untuk menjamin masa depan anak-anak kita.
-KAMI MENEKANKAN bahawa mata pelajaran sains dan matematik di sekolah menengah harus diajar dengan menggunakan Bahasa Inggeris
9. Hak wanita dan orang-orang berkeperluan khas
-KAMI MENJAMIN kesaksamaan jantina dan akan mengkaji semula semua undang-undang yang mendiskriminasikan wanita.
-KAMI BERIKRAR untuk mewujudkan pusat-pusat bantuan wanita demi melindungi mangsa-mangsa keganasan terhadap wanita dan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak untuk mengurangkan beban psikologi ibu-ibu bekerja.
-KAMI BERJANJI akan menubuhkan lebih banyak sekolah khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
-KAMI MENGAMBIL segala usaha untuk mengupah mereka yang kurang upaya dan berjanji akan membagi insentif kepada majikan
yang menggaji mereka.
10. Melabur dalam masa depan
-KAM BERJANJI untuk menyelesaikan masalah banjir di Sarawak dalam jangka masa 2 tahun.
-KAMI MENEKANKAN pelaburan jangka panjang dalam modal insan dan infrastruktur untuk menjadikan Sarawak sebuah ekonomi yang mantap.
-INTERNET WIFI akan disediakan percuma untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri berasaskan pengetahuan.
~ by Tup Seketup on April 8, 2011.
Apa yang pasti kita terpaksa melihat pada rekod prestasi kerja setiap parti yang bertanding. Lazimnya selain rekod, calon yang dipilih turut perlu diambil kira. Percaturan parti telah dibuat, terpulanglah kepada rakyat mentafsirkan ‘yang mana intan dan yang mana kaca’. Kita tak mahu ‘mendengar guruh di langit, air setempayan dicurahkan’. Apa yang pasti marilah kita berusaha mengelakkan  kejadian ‘lari dari mulut harimau, masuk mulut buaya.’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: