BELIA DISARAN SELAMI KEHIDUPAN MASYARAKAT

KEMABONG, 20 MAC 2011: Ketua Bahagian PBS Kemabong, Sabini Ansumor menyarankan para belia menyelami kehidupan masyarakat kampung khususnya mereka yang hidup jauh di pedalaman. Ini penting untuk membuka minda dan menanam sikap berimpati kepada kehidupan masyarakat kampung yang rata-rata masih ketinggalan dari arus pembangunan sosio-ekonomi dan prasarana.
Sabini bergambar bersama pelajar ketika jungle tracking dalam kajian alam sekitar

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Kajian Luar oleh pelajar STPM dari SMK Kemabong di Kampung Kapulu. Seramai 12 pelajar mengikuti kajian berkaitan alam sekitar, pengangkutan, pertanian, petempatan dan sumber. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam turut melibatkan aktiviti khidmat masyarakat seperti gotong-royong memungut sampah, penganjuran pertandingan sukaneka dan menyanyi. 
 Sebahagian kanak-kanak bersukaneka diperhatikan oleh Anggoh Mayah
 Kanak-kanak sedang bersukaneka dan para penduduk dewasa bermain bola takraw.

Catherine Sebitun dari Tambunan, melahirkan rasa bersyukur kerana berpeluang mengenali kehidupan penduduk yang peramah meskipun berada dalam kehidupan serba kekurangan. Menurutnya situasi kehidupan di perkampungan ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dan banyak memberikan gambaran yang jelas akan pola kehidupan masyarakat kampung.
 Pelajar mandi manda sambil dijaga oleh Ketua Kampung, Hj Sabli Ambarog.

“Kawasan ini berpotensi menjadi kawasan rekreasi di mana kedudukan tiga air terjun  dalam lingkungan 5 km dari perkampungan membolehkan Kapulu menjadi persinggahan pelancong. Selain itu, keunikan budaya tradisi seperti tarian, pakaian, nyanyian dan kraftangan boleh dijadikan produk pelancongan,” kata Judy Marurin.
Antara jalan yang licin menyebabkan kenderaan terkandas.

Christopher Joseph dari Tampaluri pula merayu agar kemudahan jalanraya daif dibaik-pulih bagi memberikan keselesaan kepada penduduk yang sukar memasarkan hasil pertanian mereka seperti getah, kopi, padi dan kelapa sawit. Menurutnya lagi, sebahagian hasil jualan habis untuk kos pengangkutan sahaja menyebabkan mereka hanya turun ke bandar untuk membeli barangan keperluan asas sahaja.

Jalanraya Kemabong-Kapulu hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda. Keadaan musim hujan menjadikan jalanraya ini licin, berbecak, runtuh dan dihakis air mengakibatkan kenderaan sering terkandas terutamanya dilaluan yang curam. Difahamkan agak sukar untuk mendapatkan kenderaan ke kawasan ini memandangkan risiko untuk rosak adalah tinggi. Dimana jika berjalan kaki mengambil masa enam jam.
Sabini dan Anggoh menyerahkan buah tangan kepada kanak-kanak.
“Pendidikan merupakan salah satu cara jangka panjang untuk memperbaiki taraf hidup sosio-ekonomi penduduk,” kata Fariddudin Ridwon. Beliau yang merupakan anak kepada bakal Guru Besar SK Kapulu, Fred Gugau mengakui tugas yang bakal digalas oleh guru-guru di sekolah berkenaan amat berat. 
Penduduk yang menyambung pelajaran ke sekolah menengah berpisah dengan keluarga dan tinggal di Bangsal di Kampung Kemabong dan hanya dapat bertemu ibubapa sekali sekala. Ini juga merupakan salah satu faktor kenapa kadar keciciran sangat tinggi.
Difahamkan Sabini dalam rangka lawatan kerja menerusi Program Kaunter Bergerak ke Kampung Kapulu berpeluang beramah-mesra dengan penduduk selain melihat sendiri permasalahan penduduk. Menerusi program ini juga seramai 18 orang pemilih baru telah didaftarkan oleh sukarelawan SPR.
 Jalanraya yang daif menyebabkan kereta KAN Angkangon terkandas
Sabini turut menyeru pihak yang berkenaan agar menyegerakan penaik-tarafan jalanraya Katubu-Kapulu-Rundum yang menurutnya sangat kritikal. Begitu juga kemudahan solar hijau yang dinikmati di kampung Katubu dan Sumambu hendaklah diperluaskan ke Kapulu. 

“Kita bersyukur SK Kapulu mempunyai kemudahan elektrik solar namun alangkah baiknya jika setiap rumah turut dipasang bekalan elektrik. Kita juga mendapat rayuan dari penduduk agar rumah guru dibina. Keperluan ini penting demi untuk memberi keselesaan kepada guru dan saya ingin memanjangkan perkara ini kepada pihak terbabit untuk tindakan,” komen beliau.
Sabini meninjau kawasan tanh dimana beberapa buah rumah ditebang Jabatan Hutan

Menyentuh tentang masalah status tanah NCR yang dibangkitkan oleh penduduk, Sabini memaklumkan bahawa satu memorundum melibatkan 24 tuntutan sedang diselenggara dan akan dihantar sedikit masa lagi. Menurutnya perjuangan untuk mengeluarkan NCR ini dari Hutan Simpan memerlukan kerjasama dan penglibatan semua pihak dan berharap kerajaan mengeluarkan NCR berkenaan seperti yang dinikmati oleh penduduk di Sook dan Kota Marudu.

Ketua Anak Negeri OKK Angkangon Salung pula dalam ucapannya mengesa para belia mendalami pengetahuan berkaitan adat dan tradisi. Menurutnya kelangsungan adat dan tradisi itu adalah tanggung jawab bersama dan sebagai etnik yang kaya dengan keunikan tradisi adalah menjadi satu kebanggaan untuk memelihara agar menjadi warisan bernilai generasi akan datang.

Turut serta dalam rombongan berkenaan ialah Anggoh Mayah, Naib 1 PBS Bahagian, Florentius Alex, Setiausaha, Andin Ambaris, AJK Pemuda dan Loboh Angut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: