Rakyat Disaran Berubah untuk Berbuah

TINURA, KEMABONG, 5-6 MAC 2011: Penduduk Tinura bersyukur kerana kerajaan telah meluaskan penanaman getah secara berkelompok ke kampung berkenaan namun mengeluh kerana jalanraya sedia ada masih daif. Ini disuarakan oleh sebilangan besar penduduk kepada Ketua Bahagian PBS, Puan Sabini Ansumor semasa lawatan 2 hari sempena Program Kaunter Bergerak.
Sabini Ansumor mengunting reben diiringi Marius.
Rombongan berkenaan diketuai oleh Naib 1 Bahagian, Encik Anggoh Mayah. Menerusi program berkenaan, seramai 15 orang telah didaftarkan sebagai pengundi baru oleh sukarelawan SPR. Turut diadakan ialah pelbagai aktiviti sukaneka yang menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat terutamanya kanak-kanak.
Jorniah mendaftarkan pemilih baru
Encik Anggoh Mayah semasa menyampaikan ucapannya mengesa para pemuda dan pemudi yang menepati syarat mengundi supaya tampil mendaftar sebagai pengundi. Beliau menegaskan bahawa hak sebagai pemilih itu adalah penting demi untuk menyuburkan demokrasi.
Puan Sabini Ansumor yang telah menghadiri Seminar Motivasi PBS di Kota Kinabalu sempat hadir tepat pada masanya untuk menyertai acara kebaktian gereja di kampung berkenaan. Walaupun agak penat melalui perjalanan yang jauh, keceriaan dan rasa puas tergambar di wajahnya.
“Saya gembira dapat melawat dan meluangkan masa bersama dengan saudara-saudara di kampung ini. Mereka berfikiran positif dan sedia membuat perubahan demi untuk kemakmuran bersama,” kata beliau merujuk kepada kesediaan penduduk meneroka potensi masyarakat dalam pertanian dan kraftangan.
Sabini gembira warisan Murut dipelihara
Beliau berpendapat, pertanian yang dipertingkatkan boleh menjana pendapatan yang tinggi. Justeru itu beliau menyarankan agar penduduk yang berminat menghadiri kursus pertanian dan sentiasa menggunakan sepenuhnya skim bantuan petani yang sedia ada. Menurutnya lagi, hasil kraftangan yang dihasilkan berpotensi menyumbang pendapatan kepada penduduk selain berupaya mengekalkan warisan unik yang tinggi nilainya.
“Meskipun kita digesa untuk mengamalkan konsep 1 Malaysia, kita sebagai etnik Murut yang asli hendaklah menghayati, mewarisi dan memelihara budaya. Anak-anak hendaklah diajar dan dibiasakan dengan budaya sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi?” kata beliau.
Pemimpin digesa menjadi pemimpin yang melayani
Beliau turut menyarankan agar para penduduk bersatu padu selain mengamalkan sikap bermuafakat dalam menjamin keutuhan dan kemajuan kampung.
Terdahulu dalam ucapannya Pengerusi JKKK, Encik Marius merayu agar jalanraya yang menghubungkan Tinura dengan Kuala Tomani dinaik taraf bagi memudahkan penduduk memasarkan hasil pertanian.
Rombongan PBS bergambar kenang-kenangan
Hadir sama ialah, Senuwati Esui, Ketua Wanita Bahagian, Florentius Alex, Setiausaha Bahagian, Jorniah Leyan, Setiausaha Wanita, Sabin Ansumon, Penerangan Wanita, Alum Yansuku dan Andin Ambaris, AJK Pemuda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: