PEMBAIK-PULIHAN PUN TIADA, APATAH LAGI PENAMBAH-BAIKAN

 Halaman rumah bersalut lumpur selepas banjir
KEMABONG: Penduduk kampung Kalamatoi melahirkan rasa terkilan kerana kejadian banjir sudah tiga minggu berlaku namun proses pembaik-pulihan belum dibuat terhadap kemudahan infrastruktur asas yang rosak semasa banjir besar.
Sawah padi yang rosak dilanda air deras
Pengerusi JKKK, Encik Andawai Ansumor ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan merayu pihak yang berkenaan agar segera mengambil tindakan yang sewajarnya. “Penduduk kampung gusar dengan musibah ini dan terkilan dengan kelembapan pihak tertentu dalam melaksanakan pembaik-pulihan.”
 
Lopak sedalam 2 kaki di tengah jalan. Kini lopak berkenaan runtuh 
dan  jalan alternatif sukar dilalui kenderaan kecil
“Kami sudah cukup menderita dengan keadaan jalanraya yang terputus akibat banjir. Ini menyulitkan kami menghantar anak ke sekolah atau memasarkan hasil pertanian,” tambah Encik Andawai Ansumor lagi. 
Petani cuba membersihkan parit dari tersumbat namun usahanya gagal.
Dalam kejadian banjir besar, 19 Februari yang lalu, hujan lebat menyebabkan air sungai Kalamatoi melimpah ke kawasan pertempatan dan merosakkan beberapa bahagian jalanraya serta kawasan pertanian.
Aliran sungai deras menyebabkan tebing runtuh dan pokok tumbang
“Hasil tanaman padi kami terjejas teruk. Air banjir yang deras menyebabkan pokok padi kami ranap dan tidak boleh dituai lagi,” kata Encik Anggoh Mayah mewakili para petani. Turut musnah ialah tanaman lada dan pisang. Difahamkan bahawa beberapa kawasan dusun buah-buahan turut tumbang apabila tebing sungai runtuh. 
Tanaman pisang yang rosak dilanda air dan disaluti lumpur
Pada hari yang sama, perkahwinan di dua tempat yang berasingan di kampung yang sama turut terjejas apabila tempat berkenaan terputus hubungan dan digelenangi air sedalam lutut.
“Kami terpaksa memindahkan barang dan membatalkan beberapa acara. Tidak ramai tetamu hadir dan ini menjadi sejarah hitam dalam hidup kami,” kata Encik Andukap ketika diminta mengulas perkahwinan anaknya.
Kem kahwin terpaksa ditinggalkan akibat digelenangi air bah
Menurut Puan Sabini Ansummor, Ketua Bahagian PBS Kemabong, kejadian air melimpah merupakan kejadian yang sering berlaku di kampung ini, namun kejadian yang berlaku pada 19 Februari berkenaan adalah kejadian yang terburuk.
Kalbut yang kecil mudah tersumbat dan tidak dapat menampung hujan lebat
“Saya dan PJKKK telah beberapa kali membuat aduan berkenaan potensi banjir buruk kepada pihak berkenaan. Malangnya penyelenggaraan yang memuaskan belum dibuat sehingga kejadian ini terus berulang,” komen beliau.
Tebing runtuh menyebabkan jalanraya terancam
Menurutnya lagi, satu kertas kerja memohon kalbut sungai yang kecil diganti dengan saiz yang besar telah dikemukakan kepada Pengurus JKR pada Disember 2009 namun tidak diendahkan menyebabkan air sungai sering melimpah dan aliran yang deras merosakkan jalanraya.
Gabion jembatan pecah dan bakal runtuh
“Kami selaku penduduk di sini lebih tahu akan kapasiti sungai ini. Apa yang telah kami cadangkan adalah berdasarkan pengamatan kami,” kata Encik Andawai Ansumor. Beliau turut mengesa agar Jabatan Pengairan dan Saliran menyelenggara dan meluruskan sungai dan parit di bahagian hilir kampung. “Air sungai tidak dapat mengalir terus ke Sungai Padas kerana saliran cetek dan bengkang bengkok selain tidak ada saluran terus ke Sungai Padas.”
Gabion hampir runtuh kerana air dari atas jalan melandanya semasa banjir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: