Sumambu dan Rundum Butuhkan Perhatian

 
Ketua Kampung Sumambu, Encik Ambalau Lawi 
menunjukkan tebing runtuh dekat bangunan sekolah.

Kemabong, 26-27 Fenbruari 2011: Sumambu dan Rundum dua kampung yang terpencil berpotensi untuk dimajukan namun perlukan perhatian mendesak. Demikianlah komen Ketua Bahagian PBS Kemabong, Puan Sabini Ansumor diakhir lawatan dua hari di kampung berkenaan. Beliau dalam rangka lawatan Kaunter Bergerak menawarkan khidmat Pendaftaran SPR dan ramah-mesra.
“Saya telah melihat sendiri kampung Sumambu dan berpendapat kampung ini bakal menjadi sebuah Desa Wawasan jika mendapat perhatian sewajarnya,” kata beliau.
 
Puan Sabini Ansumor memohon kemudahan elektrik solar di SK Sumambu dibaik pulih 
segera dengan memastikan keselamatan pelajar dan guru diutamakan.
Beliau terkejut dan bimbang melihat tebing sungai sudah masuk ke kawasan sekolah, di mana tebing salah sebuah stor lama tinggal sekaki setengah akan runtuh ke dalam sungai. Menurutnya lagi, beliau risau pelajar di SK Sumambu mengalami kemalangan yang sepatutnya boleh dihindarkan dengan cara membina gabion.

Sebahagian penduduk kampung beramah-mesra dengan rombongan Puan Sabini Ansumor.

Puan Sabini sedang mengikuti kebaktian di gereja SIB Kampung Sumambu
bersama rombongan dari SIB Kelompok Hulu Kampung Kalamatoi.
Beliau turut tidak melepaskan peluang untuk melawat kampung Rundum kira-kira 12 km dari Sumambu. Jalan yang  mencabar membayangkan kesulitan yang terpaksa di hadapi oleh penduduk Rundum.
 Jalan hampir tertutup oleh tanah runtuh dan berbecak, mencabar kenderaan 4WD.
“Saya mohon agar jalanraya ini dibaik pulih. Saya telah melalui jalan becak, jalan hampir tertutup akibat tanah runtuh dan kalbut yang hampir tidak boleh dilalui. Malah saya melihat di satu tempat itu, penduduk sendiri telah bergotong royong membuang tanah berlumpur bagi mengelakkan kenderaan terkandas,” kata beliau sambil mengakui keindahan kampung Rundum agak terpencil akibat daif.
Puan Sabini bersama Pegawai Penerangan Wanita, Puan Sabin Ansumon 
sedang meninjau kalbut yang hampir putus di Rundum.
Mengulas tentang kampung Rundum, Puan Sabini Ansumor melahirkan rasa terkilan kerana kedaifan jalanraya mengakibatkan pertanian hawa sederhana seperti kubis dan apple tidak dapat diusahakan. Difahamkan bahawa penduduk mengadu tidak dapat memasarkan hasil pertanian mengakibatkan  aktiviti pertanian mereka terbengkalai. 
Difahamkan ramai yang berminat untuk melawat Rundum untuk menikmati kesegaran dan keindahan alam semulajadi serta tapak sejarah Kubu Antenom terpaksa menunggu jalanraya dinaik taraf. Rata-rata penduduk masih ternanti-nanti siapnya jalanraya berturap seperti yang dinikmati oleh rakyat di kawasan lain. 
Sementara itu penduduk di Kampung Sumambu gelisah sebab jalanraya yang bakal dibina menghubungkan Kemabong Rundum tidak melalui kampung mereka. Penduduk Sumambu berharap jalan berkenaan dapat dihubungkan dengan mereka selain merayu pihak SFI menyelenggara selalu jalanraya yang sedia ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: