Atap rumah roboh dapat sumbangan

Kemabong, 25 Februari 2011: Puan Sabini Ansumor telah melawat dan seterusnya menyampaikan sumbangan berupa atap zink kepada keluarga yang mengalami bencana di Kampung Pamaluyan. Atap rumah Encik Tinus Asal roboh kerana strukturnya yang uzur. Difahamkan bahawa Encik Tinus merupakan salah seorang penduduk miskin tegar di kampung berkenaan.
Encik Anduhut Malulur selaku Ketua Cawangan PBS Kampung Pamaluyan menerima sumbangan berkenaan bagi pihak Encik Tinus sekeluarga yang tidak ada di rumah semasa ketibaan Ketua Bahagian PBS Kemabong.
“Mulanya mereka diminta tinggal di rumah Kebudayaan namun akhirnya mengambil keputusan tinggal di rumah sendiri dengan mengambil kepingan zink yang masih boleh digunakan untuk menutup sebahagian rumah berkenaan. Apa yang ditakutkan atap berkenaan akan runtuh sekali lagi akibat terlalu uzur. Ini boleh membahayakan keluarga mereka,” kata Encik Anduhut.
Turut menerima sumbangan berupa wang ialah Encik Suani Erow, Ketua Sidang gereja SIB Kampung Pamaluyan. Dalam bencana puting beliung yang berlaku selang seminggu selepas kejadian atap roboh di rumah Encik Tinus Asal. 
Encik Suani Erow memberitahu bahawa semasa kejadian beliau berada di dalam rumah dan tidak ada sesiapa yang tercedera namun mengakui pengalaman seumpama itu berlaku seperti dalam mimpi dan sungguh menakutkan. Puting Beliung itu berlaku agak pantas dan kaum ibu yang menyertai mesyuarat Amanah Iktihar di Rumah Kebudayaan turut melihat kejadian itu.
Encik Sauni mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan berkenaan dan berharap pemimpin berjiwa rakyat seperti Puan Sabini Ansumor diberikan berkat berkelimpahan. Ketika dihubungi, Encik Sukimin Rukini memaklumkan PJKKK bahawa urusan tuntutan Bencana Alam sedang dibuat dan berharap para mangsa dapat diberikan PPRT pada sesi akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: