Kami Dahagakan Pembelaan

 Jalanraya Kemabong-Katubu memberi nafas lega kepada penduduk.
Kemabong, 20 Februari 2011: Kami sudah mempunyai bekalan elektrik dan jalan raya  namun kami tidak ada masa depan. Demikianlah yang disampaikan oleh Encik Paris Sandah, Ketua Cawangan PBS Kampung Katubu. Beliau berkata demikian semasa ditemui oleh pasukan Kaunter Bergerak, PBS Kemabong yang diketuai oleh Puan Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Tenom.
Menurut Encik Paris, usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup masyarakat khususnya di Kampung Katubu wajar dipuji. Walau bagaimanapun beliau kecewa kerana setelah kampung berkenaan didiami sejak beberapa generasi, belum ada jaminan bahawa mereka akan dibenarkan bertanah sendiri.
“Jabatan Perhutanan menganggap kami sebagai penceroboh Hutan Simpan. Sedangkan nenek-moyang sudah tinggal di sini sebelum zaman Jepun. Ini bermakna Jabatan Hutan yang menceroboh kawasan kami dengan memasukkan kampung kami dalam Hutan Simpan. Masalah ini wujud kerana dulu ada pihak tertentu membuat keputusan di atas meja tanpa meninjau sendiri kawasan terbabit,” katanya dengan kecewa.
Perkampungan ini telah wujud sekian lama, wajarkah mereka dinafikan
sedangkan mereka hanya sekangkang kera?
Terdapat sebanyak kira-kira 35 buah rumah dan sekitar 55 buah keluarga wujud kampung ini. Difahamkan bahawa sebahagian besar penduduk terpaksa tinggal di rumah setinggan (bangsal) Kampung Kemabong kerana menyekolahkan anak-anak.

“Saya hairan kenapa kawasan ini masih dianggap sebagai kawasan Hutan Simpan sedangkan tidak ada lagi hutan tua yang tinggal. Kawasan ini telah diusahakan sejak sekian lama untuk pertanian dan petempatan penduduk,” kata Encik Ampat Ampasu, Ketua Kampung Katubu.
Beliau turut merayu semua pihak agar bersabar selain terus menyuarakan permasalahan rakyat kepada pihak kerajaan seperti wakil rakyat, jabatan dan agensi kerajaan. 
“Kalau kita senyap sunyi, mungkin ada pihak fikir masalah sudah selesai. Tetapi jika kita terus bersuara dan menyatakan apa yang kita mahu maka besar kemungkinan hasrat kita tercapai,” kata Encik Ampat Ampasu.
Puan Sabini Ansumor berpendapat bahawa kawasan perkampungan dan radius tertentu di sekitar kampung dikeluarkan dari Hutan Simpan dan dijadikan ‘state land’. Ini memudahkan penduduk membuat permohonan tanah dan mengusahakan untuk menyara hidup.
“Sepengetahuan saya, sesuatu kawasan Hutan Simpan boleh dikeluarkan menerusi prosedur tertentu. Difahamkan bahawa kabinet negeri boleh mengusahakan sehingga diwartakan pengeluaran berkenaan. Sebagai contoh kawasan seluas 6,111 heakter di Hutan Simpan Sook Plain yang berjaya dikeluarkan.”
Encik Kundai Rimin (75 tahun) dilahirkan di kampung Kapulu.
Hutan Simpan Rundum belum pun sampai 50 tahun.
Encik Kundai Rimin, mantan Ketua Kampung Kapulu menyarankan agar Pengarah Jabatan Hutan datang melawat sendiri perkampungan Kapulu, Rundum, Sumambu, Kolorok, Ungga Patian dan Katubu. Beliau yakin pihak Jabatan Hutan tidak mempunyai gambaran jelas akan kedudukan tuntutan penduduk.
Menurutnya pekerja Jabatan Hutan terlalu berpegang pada dokumentasi sehingga mengabaikan kebajikan dan untung nasib kira-kira 2500 orang penduduk yang berasal dari perkampungan berkenaan. 
Mengulas kononnya penduduk akan dipindahkan ke kawasan lain, Encik Kundai Rimin melaporkan bahawa majoriti penduduk kampung menentang. Mereka mungkin akan mempertimbangkan arahan berkenaan jika disediakan bagi setiap orang penduduk:
1. Perkampungan lengkap dengan kemudahan asas
2. Tanah bergeran berkeluasan 15 ekar seorang
3. Tanah berkenaan sudah ditanam penuh dengan getah atau kelapa sawit
4. Kawasan perkuburan nenek-moyang terpelihara.
“Kenapa kami perlu tinggalkan kampung sedangkan di sini kita sudah ada rumah, sekolah, kemudahan asas dan juga kebun (getah/kopi dan padi) untuk mencari nafkah?” tambahnya lagi.
Sebahagian penduduk di kampung Katubu menyuarakan isi hati kepada 
Puan Sabini Ansumor semasa Kaunter Bergerak
“Saya merayu semua pihak agar mencari jalan mengeluarkan kawasan perkampungan kami dari Hutan Simpan. Kami ini bukan ada pelajaran, kami hanya tahu bertani dan dari tanah sahaja kami menyara hidup. Di mana lagi kami mahu dihalau? Kami bukan pendatang asing. Inilah tanah adat kami. Di sinilah tanah tumpah darah kami sejak nenek-moyang lagi,” kata beliau dengan linangan air mata.
Seramai 12 orang didaftarkan sebagai pemilih baru SPR di kampung ini. Turut serta dalam rombongan berkenaan ialah Encik Anggoh Mayah (Naib 1), Puan Senuwati Esui (Naib-Wanita), Encik Florentius Alex (Setiausaha Bahagian/Sukarela SPR), Puan Jorniah Leyan (Setiausaha Wanita/Sukarela SPR), Encik Andin Ambaris (AJK Pemuda).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: