Inisiatif Kebajikan Wajar Digalakkan

Kemabong: Penduduk kampung disaran supaya mengeksploitasi semangat persefahaman dan perpaduan yang sedia wujud dalam usaha untuk memakmurkan kampung. Sebagai penduduk yang hidup bermasyarakat, mereka boleh bekerjasama bagi menjayakan sesuatu program. Program Kebajikan Keluarga Semasa Kematian seperti yang diinisiatifkan oleh penduduk Kampung Kalamatoi wajar digalakkan dan dicontohi.

 Jawatankuasa Kebajikan bergambar bersama ahli.

Puan Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS Kemabong berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena mesyuarat penubuhan program kebajikan berkenaan baru-baru ini di Rumah Kebudayaan Kampung Kalamatoi. Setakat ini sebanyak 52 keluarga telah menyertai program berkenaan.
Menerusi program berkenaan setiap keluarga menyumbang sebanyak RM20. Jika berlaku kematian dikalangan ahli keluarga ahli, wang kutipan terkumpul akan diserahkan kepada keluarga bermasalah bagi kegunaan meringankan beban. Kutipan seterusnya akan dibuat sebagai persediaan jika ada kematian pada masa akan datang.

“Kebajikan ini baik memandangkan bukan mudah untuk kita menyediakan wang jika berlaku sebarang kematian dalam keluarga kita. Ada ahli keluarga yang sakit sekian lama sehingga ahli keluarga banyak membuang duit untuk perubatan. Ini menyebabkan mereka ketiadaan wang apabila ahli keluarga mereka meninggal. Memang ada saudara mara yang akan menderma namun kewangan datang secara pelahan sehingga membantutkan persediaan dan pengurusan pengkebumian,” terang Encik Andawai Ansumor, PJKKK Kampung Kalamatoi.

 Barisan Jawatankuasa Kebajikan sedang beermesyuarat.

Difahamkan bahawa program ini diletakkan di bawah pengawasan PJKKK dan Ketua Kampung sebagai penasihat. Beberapa ahli jawatankuasa khas turut dilantik bagi memastikan program ini berjalan dengan licin.

“Inisiatif ini sepatutnya tidak menghalang saudara-mara untuk memberikan derma peribadi. Mereka boleh menderma meskipun mereka telah terlibat dalam kutipan awal kebajikan ini. Di tempat lain, program seumpama ini lebih dikenali sebagai ‘condolence’, banyak membantu ahli. Justeru itu, diharap semua ahli memberikan kerjasama yang padu,” kata Puan Sabini Ansumor lagi.
Dalam ucapan yang sama, Puan Sabini memuji keprihatinan wakil rakyat YB Datuk Raimie Unggi dan YB Datuk Rubin Balang menderma wang ihsan kepada wakil keluarga yang meninggal dan inisiatif Pergerakan Pemuda UMNO menyediakan kenderaan pengangkut jenazah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: