Kami masih bersama PBS

Lohot, Februari 4, 2011: Berita mengatakan ada 42  ahli UMNO/BN membakar jambatan di Lohot menyebabkan kami berkunjung ke rumah Ketua Cawangan Kampung Lohot dan Kampung Kungkular. Ketibaan kami disambut hangat oleh mereka di rumah masing-masing.
Encik Ansapar (tengah) bersama anaknya menafikan ramai
ahli BN di kampung Lohot menyertai PKR.
“Memang saya ada mendengar kedatangan Datuk Halik di Lohot. Dia mulanya nak guna rumah kebudayaan tapi PJKKK tegah. Jadi dia datang ke gelanggang permainan. Si Jamain Kalasang yang tunjuk,” kata Encik Ansapar Undok, Ketua Cawangan PBS Kampung Lohot.
Menurutnya lagi, anaknya ada datang meninjau keadaan dan memang tidak ada jambatan yang dibakar. 
“Mana ada jambatan di Lohot. Mungkin maksudnya, jambatan itu ialah hubungan dengan UMNO/BN,” kata anak Encik Ansapar. “Saya mendengar dia mencemuh BN terutama wakil rakyat. Tidak ramai yang datang namun yang isi keahlian dapatlah ‘sikit’,” tambahnya.
Ketika ditanya sama ada orang yang mengisi keahlian itu benar-benar mengikuti PKR, beliau memberitahu bahawa setakat ini mereka lebih tertumpu kepada peluang ‘mengisi poket’ dan protes kepada kerajaan. Sebagai protes, mereka masih optimis kerajaan mampu membuat penambah-baikan polisi dan pelaksanaan.
“Ada yang protes tentang kedaifan jalanraya dan peruntukkan PPRT. Mereka mahu jalanraya di kampung mereka diturap dan PPRT diagihkan segera kepada rakyat miskin,” katanya.
Menurutnya, Datuk Halik banyak bercakap berkaitan kenaikan harga barang dan jatuhnya kuasa beli penduduk. Isu kemudahan infrastruktur dan pengagihan peruntukkan termasuk kononnya dasar diskriminasi terhadap ahli komponen diapi-apikan oleh PKR sehingga memesongkan golongan muda.
Puan Sabini menyeru penduduk kampung agar jangan ‘membakar jambatan’ sebab tidak mahu kampung berkenaan tertinggal dari arus pembangunan. Beliau yakin sebenarnya kerajaan dalam proses mendapatkan peruntukkan berkenaan.
Puan Sabini Ansumor menegaskan bahawa Datuk Rubin selaku ADUN Kemabong memang telah berusaha untuk membawa pembangunan infrastruktur ke Mukim Ulu Tomani. Usaha beliau itu kelihatan dengan kehadiran Datuk Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia. Menurut Sabini, pengurusan untuk mendapatkan peruntukkan dan mengeluarkan tander itu bukan mudah. Ianya mengambil masa namun percaya semua pihak hendaklah sama-sama ‘menyalak’ agar mendorong pihak kerajaan dan agensi kerajaan bertindak proaktif dan efektif.
“JKR perlu memberikan keutamaan kepada jalan utama di mukim ini (Ulu Tomani). Sila tangguhkan kerja-kerja menurap semula jalanraya aspal dekat bandar. Turaplah dahulu jalan ini, penduduk di sini semakin terdesak dengan kedaifan jalanraya,” tegas Puan Sabini, Ketua Bahagian PBS Kemabong.
Menurut beliau lagi, meskipun baru setahun lebih menjawat jawatan Ketua Bahagian, beliau telah bertemu dengan Pengarah JKR, Ybg Tuan John Anthony memohon jasa baik mempertimbangkan kelulusan beberapa bahagian jalan di mukim berkenaan.
“Jalan sejauh 0.5 km yang teruk di Lansut telah disimen. Sebelum ini jalan berkenaan menghalang kenderaan kecil seperti kancil dan proton melaluinya. Kini penduduk mukim ini dapat menggunakan kereta kecil. Begitu juga dengan jalan merentas Sungai Bakuku yang kini telah dibina ‘jambatan ampai’ dan gabion sepanjang 50m di tebing Sungai Bakuku. Syukur JKR prihatin namun berharap sesuatu dilakukan supaya kesulitan rakyat ditangani segera, berterusan dan terfokus.”
Menyetuh berkaitan PBS, Encik Ansapar Undok memaklumkan bahawa mereka masih setia dengan PBS dan berharap PBS mampu memberitahu pihak wakil rakyat akan permasalahan rakyat. 
“Sebenarnya wakil rakyat UMNO ada pemimpin yang banyak. Dia juga ada spy. Tentu dia tahu masalah kami. Harap-harap dia ambil tindakan segera sebab rakyat menyalahkan dia banyak berjanji kosong,” kata beliau.
Encik Kawar Bin Kaluhu pula mengatakan bahawa di kampung mereka masih belum ada kegiatan PKR secara terbuka. Menurutnya kampung berkenaan adalah kubu kuat PBS dan UMNO. Mereka masih berharap kepada kerajaan menunaikan janji semasa berkempen seperti kemudahan jalanraya dan pondok hujan (bus stop).
Puan Sabini sedang berbual dengan para penduduk Kampung Ulu Tomani
Semasa melawat Encik Amat Ukab, Ketua Cawangan di Kampung Ulu Tomani, Encik Anggoh Mayah, Naib 1 sedar PBS Kemabong tidak mempunyai sebarang peruntukkan. Menurutnya, dia mendapat tahu bahawa PBS Kemabong tidak mendapat sebarang projek dari kedua-dua wakil rakyat ADUN dan Parlimen. Oleh itu, PBS Kemabong banyak bergantung pada kewangan dari kocek Ketua Bahagian dan oleh yang demikian agak terhad dalam memberikan sumbangan kepada rakyat.
“Apa yang kami di Bahagian ini boleh lakukan ialah ‘menyalak’ kepada pihak yang berkenaan. Kita banyak kali membela mereka dan berharap mereka akan ambil tindakan segera,” terangnya. Meskipun PBS Kemabong berada dalam kesempitan namun tinjauan mendapati sokongan terhadap PBS masih kuat dan rakyat mendesak PBS diberikan peluang berkhidmat pada penggal akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: