Pemimpin Disaran Dekati Jemaat

Tinura, 4 Februari 2011: Para pemimpin disaran untuk mendekati jemaat kerana ini mampu mengukuhkan keperibadian mereka, demikianlah pandangan Ketua Sidang gereja SIB Kampung Tinura, Encik Asok Bulinta. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Jawatankuasa PBS Bahagian mahu melakukan lawatan ke gereja-gereja.

Menurutnya, sebagai umat Kristian para pemimpin tidak boleh membataskan pelayanan di kampung masing-masing. Selain itu, para pemimpin tidak boleh menjaga batasan dengan rakan seagama. Beliau berpendapat bahawa pemimpin yang baik hendaklah mengambil kesempatan melayani, bersaksi dan memuliakan Tuhan walau di mana mereka berada.

“Kita tahu gereja bukan tempat untuk berpolitik. Namun sebagai jemaat Kristian, mereka digalakkan beribadat dan terlibat sama dalam pelayanan. Mereka (ahli Jawatankuasa Bahagian) tidak boleh dihalang melayani hanya kerana mereka kini terlibat dalam politik. Saya percaya mereka boleh mengawal diri semasa di gereja,” ulas Pastor Marilin Anggoh.
Puan Sabini ditemani Ketua Sidang (Kiri) bergambar diperkarangan rumah pastor dan gereja.

Lawatan Puan Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS ke Kampung Tinura disambut oleh Pastor gereja, Ketua Sidang dan beberapa penduduk. Difahamkan lawatan mengejut ini merupakan salah satu polisi kepimpinan PBS Kemabong yang berhasrat mendekati rakyat ke akar umbi.

“Saya tidak mahu menyusahkan penduduk menyambut kami. Kami mahu mendekati rakyat dan melihat sendiri kehidupan seharian mereka. Mereka mungkin tidak selesa namun jika mereka dapat menghayati, saya yakin inilah cara kita saling memahami,” ujar Puan Sabini mengulas tentang polisi baru ini.

Puan Sabini turut mempromasikan pendekatan kepimpinan beliau yang menyeru para pemimpin PBS mengamalkan sikap, ‘Pemimpin Melayani’. Menurutnya, pemimpin hendaklah sentiasa mengutamakan kerja dan berjiwa rakyat serta rendah hati ketika bersama rakyat. Beliau menegaskan bahawa sikap yang mahukan layanan istimewa rakyat sehingga berlebih-lebihan menyebabkan rakyat menjadi muak dan menyusahkan diri sendiri.
“Siapa tidak mahukan penghormatan? Namun kita mesti menganggap tugas dan amanat sebagai satu pelayanan. Kita melayani rakyat yang memilih kita. Kita mungkin nampak kita bukan diundi menerusi pilihanraya namun sebagai pemimpin parti, kita mesti menganggap rakyat itu adalah tuan kita sebab parti wujud kerana sokongan rakyat.”

Kesempatan tidak dilepaskan bergambar dengan penduduk kampung.

Menurutnya lagi pelayanan dalam tugas berbeza dengan pelayanan dalam jemaat. Pelayanan dalam jemaat bermaksud melibatkan diri  bertugas dalam gereja. Beliau mengesa para pemimpin mengamalkan pelayanan ikhlas dalam kedua-dua kesempatan berkenaan.

Dalam lawatan berkenaan, beliau turut di bawa melihat lantai perkarangan rumah pastor yang disimen menggunakan sumbangan peribadinya. Difahamkan bahawa Puan Sabini ada memberikan sumbangan peribadi kepada beberapa gereja tanpa mengira dinominasi.

 “Jika saya mampu, saya ingin memberi banyak. Namun ketika ini kemampuan saya terhad. Tidak semua gereja dapat saya bantu namun saya berdoa supaya setiap gereja diberikan berkat yang berkelimpahan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: