Bumbung Rumah Roboh

 

Beginilah keadaan ruang tamu rumah berkenaan.

Pamaluyan, 02.02.2011: Keadaan struktur rumah yang uzur telah menyebabkan atap sebuah rumah di kampung Pamaluyan telah runtuh. Difahamkan semasa kejadian keluarga pemilik rumah berkenaan En. Tinus tidak berada di dalam rumah.

“Syukur sebab tidak ada sesiapa yang tercedera,” kata Encik Tinus Asal, Ketua Pemuda PBS cawangan Kampung Pamaluyan.

“Mulanya kami sangat terkejut dan gementar dengan kejadian berkenaan. Jiran berhampiran telah banyak membantu kami,” kata isterinya.

 
Rumah mangsa yang uzur.

Puan Sabini Ansumor bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi oleh isteri Encik Tinus. Beliau meluangkan masa hampir setengah jam bersama keluarga mangsa sebelum mendengar taklimat dari Ketua Penerangan PBS Bahagian yang juga PJKK Kampung Pamaluyan, Encik Robert Labong.

Menurut Encik Robert, Pemimpin Kemajuan Rakyat Encik Sukimin Rukini yang sedang bercuti mengarahkan pihak keluarga mangsa bencana agar membuat laporan polis. Berpandukan kepada laporan berkenaan, satu pendekatan akan diputuskan kelak untuk membantu meringankan beban keluarga berkenaan.

“Saya akan merujuk kepada kemampuan kami. Saya harap saya dapat membantu keluarga Encik Tinus. Saya sedih dengan keadaan mereka,” komen Puan Sabini.

Diminta mengulas berkaitan dengan rumah PPRT, Puan Sabini memuji keprihatinan kerajaan Barisan Nasional yang berusaha membinakan rumah percuma kepada penduduk miskin tegar.
 

Puan Sabini sedang meninjau rumah mangsa ditemani pemilik rumah (berbaju merah).

“Saya berharap pengagihan rumah PPRT ini diagihkan secara adil dan mengikut keutamaan. Ini penting bagi memastikan mereka yang sangat memerlukan mendapat rumah selain mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku lagi di masa akan datang.”

Beliau turut menyeru rakyat agar bersabar kerana peruntukkan rumah PPRT adalah terhad dan perlu diagih di semua kampung. “Tak bolehlah kita paksa agihan PPRT tertumpu di sesuatu kampung sahaja,” kata beliau.

 
Warga tua yang gembira dikunjungi Puan Sabini.
Dalam kawasan yang sama, beliau telah mengedarkan beberapa Ang Pow kepada warga tua. Salah seorang warga tua yang tidak mahu namanya disiarkan memuji sifat ramah dan keprihatinan Puan Sabini dan mendoakan kesejahteraannya.
 

Encik Anggoh Naib 1 sedang meninjau perkembangan pembinaan tandas.

Beliau turut meninjau perkembangan pembinaan bangunan tandas Rumah Kebudayaan sumbangan peribadi Ketua Bahagian yang masih dalam pembinaan. Taklimat perkembangan pembinaan berkenaan disampaikan oleh Encik Anduhut Malulur, Ketua Cawangan PBS Kampung Pamaluyan.

Turut serta dalam rombongan berkenaan ialah Encik Anggoh Mayah, Naib 1 Bahagian, Encik Florentius Alex, Setiausaha Bahagian dan Encik Andin Ambaris, AJK Pemuda Bahagian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: