Program Kaunter Bergerak

 Air mengalir sepanjang jalan dari bukit.
Bakuku, 30-31.1.2011: Hujan lebat menyambut kedatangan Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong, Puan Sabini Ansumor ke Mukim Ulu Tomani sedikitpun tidak mematahkan semanggat beliau sebaliknya beliau berpendapat inilah pengalaman yang seharusnya beliau rasa agar dapat memahami permasalahan hidup seharian penduduk kampung.
“Nasib baik kenderaan yang saya naiki jenis pacuan empat roda, jika tidak kami tidak akan tiba di kampung Malutut, Kaang dan Alutok ini,” kata beliau apabila diminta mengulas keadaan jalanraya dari simpang Kampung Lalang ke Kampung Alutok.
Sistem pengairan yang buruk menyebabkan air menghakis jalan.
“Banyak bahagian jalan sangat daif dan sukar dilalui. Ada dua tempat di mana jalan hampir runtuh dan air mengalir merosakkan jalan kerana sistem perparitan tidak diselenggarakan.” Beliau mencadangkan agar, jalan berkenaan hendaklah digred, ditimbun dengan batu kelikir dan dibina sistem perparitan dan kalbut yang sistematik dan berkesan. Jika boleh saya merayu pihak berkenaan agar jalan ini diaspal dalam kadar yang segera?”
Kedatangan beliau ini adalah dalam siri rangka lawatan Program Kaunter Bergerak bertujuan mendaftarkan pemilih baru di bawah kerjasama dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Melalui kesempatan ini beliau turut beramah mesra dengan para penduduk sambil berusaha mendengar dan memahami kesulitan mereka.
Seramai kira-kira 45 orang telah didaftarkan sebagai pemilih baru di ketiga-tiga kampung berkenaan. Ramai penduduk kampung turut mengambil kesempatan berbual dengan rombongan. Gangguan bekalan elektrik menyaksikan pendaftaran di Kampung Malutut dilakukan di bawah lampu suluh dan di kampung Alutok menggunakan lampu pam.

Pendaftaran di bawah cahaya lampu suluh di kampung Melutut.

Menurut Encik Rauhin Tongon, Ketua Cawangan PBS Kampung Malutut, bekalan eletrik di ketiga-tiga kampung berkenaan tidak berfungsi dengan baik sejak beberapa hari yang lalu. 揃ekalan sering putus dalam jangka masa yang lama.?
Encik Angilik Bin Unin, Setiausaha JKKK kampung Alutok pula mendakwa gangguan bekalan eletrik baru-baru ini menyebabkan mereka mengalami kesulitan semasa ada penduduk meninggal, menyimpan bekalan daging semasa mengurus perkahwinan dan ketika melaksanakan ibadah di gereja.
Tanah runtuh hampir menutup jalan.
Menurut Encik Angilik, beliau bersama PJKK telah menemui pihak berkenaan jalanraya. Beliau mengadu, ada pihak tertentu mengatakan jalanraya hanya akan dibaiki semasa musim kemarau. Beliau menegaskan bahawa penyelenggaraan ke atas jalan berkenaan adalah mendesak kerana jalan perhubungan dan pengangkutan kira-kira 700 penduduk dari kampung sekitar.
Jalan ini berlubang besar akibat kerosakan kalbut.
“Kami tidak boleh menunggu sehingga kemarau. Kami perlu jalanraya setiap hari. Ketika pilihanraya, walaupun cuaca buruk kami tetap diminta turun mengundi, kini giliran kami meminta jalanraya dibaiki tanpa menunggu cuaca baik. Permintaan ini bukan keterlaluan sebab jalan ini nadi kehidupan kami?” katanya dengan tegas.
Menurutnya lagi, bahan binaan untuk pembinaan bangunan Kraftangan untuk Kaum Ibu telah dibeli di Tenom namun tidak dapat diangkat kerana masalah jalanraya. “Kami dimaklumkan projek pembinaan berkenaan mempunyai masa terhad. Diminta pemimpin segera campur tangan bukan hanya membantu agar bahan berkenaan sampai ke kampung malah menyelesaikan masalah jalanraya berkenaan.”
Jalan manusia perlu dibaiki, ini bukan jalan kerbau
“Ada orang mengatakan bahawa jalan Kampung Lalang ke Kampung Malutut adalah jalan kerbau. Saya tidak setuju jalan ini dianggap jalan kerbau, ini jalan manusia. Kalau ianya jalan kerbau, jalan itu tidak perlu dibaiki. Ini jalan manusia, kita mesti baiki jalan ini sebab ini jalan kita,?” kata Encik Florentius Alex, Setiausaha Bahagian yang turut mengakui jalan berkenaan tidak sesuai dilalui oleh golongan uzur dan sakit.
En.Angilik (duduk dekat tiang) menjadi jurucakap penduduk.
Encik Angilik yang bertindak sebagai jurucakap penduduk kampung mengadu bahawa pengubahsuaian di Rumah Kebudayaan di Kampung Alutok tidak sesuai memandangkan wujudnya kebocoran pada bahagian atap dan tempias hujan membasahi lantai. Spesifikasi bahan dan susun atur  beam (tuluk) juga tidak sesuai sehingga lantai berayun.
Tempias hujan masuk, lantai seperti lansaran
Beliau yang mendakwa mewakili suara majoriti turut menagih janji wakil Stesen telefon mudah-alih membina sebuah menara di Bukit Lansut. Difahamkan bahawa menara berkenaan penting memancarkan talian telefon mudah-alih menghuibungkan 11 kampung sekitar dengan dunia luar.
“Mohon tunaikan janji-janji yang telah dibuat semasa lawatan YB Datuk Shapie Apdal. Jika tidak, penduduk kampung selamanya tiada kemudahan telefon dan mungkin akan merajuk.”
Terdahulu, Ketua Kampung Malutut Encik Ambun Bin Angig merakamkan ucapan terima kasih di atas keperihatinan kerajaan meluluskan pembinaan bangunan tambahan untuk kegunaan penduduk bersebelahan Rumah Kebudayaan Kampung Malutut.
Para pendaftar baru pengundi menunjukkan Daftar Pemilih Induk dan Borang A
Encik Marusim Paliton, Penolong Bendahari PBS memuji usaha Puan Sabini Ansumor  mengusahakan peruntukkan agar gabion di Kaang dan Jambatan menyeberangi Sungai Bakuku dibina. Gabion ini penting utnuk mengelakkan tebing sungai runtuh ke dalam sungai dan jambatan pula memudahkan penduduk menyeberangi sungai berkenaan.
Jambatan Ampai Kg Alutok tidak berguna semasa banjir.
“Pembinaan berkenaan memang diperlukan oleh penduduk kampung. Penduduk turut merayu agar jambatan berkenaan dinaik taraf dengan memasang kalbut dan gabion supaya boleh di seberangi meskipun paras sungai naik.”
 Pengerusi PJKK Kampung Alutok memuji usaha murni pihak PBS Kemabong menganjurkan Program Pendaftaran Pemilih Baru. Menurutnya, ini membolehkan penduduk kampung yang belum mendaftar sebagai pengundi mendaftar tanpa perlu turun ke Tenom dan menjimatkan wang dan masa mereka. Beliau mengesa penduduk menyemak daftar pemilih dan melaksanakan tugas sebagai warganegara dengan saksama.
Penolong Pendaftar Pemilih sedang mendaftarkan pemilih baru.
Menurut Puan Sabini Ansumor, PBS Kemabong dimaklumkan masih ramai penduduk yang layak belum mendaftar sebagai pemilih. Beliau memuji tindakan proaktif SPR mencari pengundi baru. Menurutnya program yang sama akan dilaksanakan jika boleh di semua kampung demi untuk kebaikan bersama.
Hari Isnin menyaksikan rombongan Ketua Bahagian menyambung pendaftaran di Kampung Ulu Tomani dan Mahunsop. Seramai kira-kira 30 pengundi baru telah didaftarkan. Jalan mendaki bukit yang licin selepas hujan menyaksikan kenderaan pacuan empat roda terkandas hampir sejam di jalan kampung Mahunsop.
Terkandas akibat licin. Disorong tak dapat, akhirnya trak dimuat penuh dengan batu baru terlepas.
Ketua Cawangan PBS Kampung Mahunsop, Encik Peterus Ipang merayu kerajaan membina sebuah jambatan gantung menghubungkan rumah penduduk di sebelah sungai Mahunsop. Menurutnya arus sungai yang deras dan tinggi terutama semasa hujan lebat memutus hubungan antara penduduk kedua belah sungai berkenaan. Keadaan ini turut membahayakan nyawa penduduk, tegasnya.
Encik Peterus Mariang Ipang menunjukkan laluan jambatan bambu
ke perkampungan seberang sungai yang kini terputus.
“Kami di kampung ini turut kesal sebab beberapa penduduk yang layak mendapat PPRT belum seorangpun yang menerimanya. Penduduk di sini mahukan kemudahan yang sama di kampung lain dinikmati dikampung ini. Beberapa penduduk di sini merupakan penduduk miskin tegar,” katanya.
Rumah Ketua Wanita PBS Cawangan yang perlu dibantu.
Sebuah lagi rumah penduduk miskin tegar yang segan keluar bergambar.
 “Setahu saya, saya merupakan pengundi Datuk semasa pilihanraya yang lalu. Kenapa belum ada bantuan diberikan kepada saya?” tanya salah seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan. Menurut Puan Sabini, dia mengarahkan pihak terbabit untuk merujuk permohonan penduduk berkenaan bagi memastikan para pemohon yang layak tidak tercicir dan bantuan segera diberi pada masa akan datang.

Tangga ini boleh digunakan di rumah kebun, bukan di rumah kebudayaan.
Di kampung yang sama, Puan Sabini tersentuh hati dengan keadaan tangga rumah kebudayaan yang daif. “Tangga ini mesti diganti. Bukan hanya ianya tidak sesuai malah ianya membahayakan pengguna,” tegasnya sambil mengakui terlalu banyak perkara yang perlu diusahakan bagi membelah nasib penduduk kampung berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: