Gong Xi Fa Cai

Pn. Sabini sedang beramah mesra dengan pejalan kaki di Pekan Tenom.
Tenom, 27 Januari 2011: Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia wajar dipelihara dan dihayati, demikianlah pendapat yang diutarakan oleh Pn. Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS Kemabong ketika diminta mengulas berkaitan Perayaan Tahun Baru Cina. Market Walk sempena Xong Xi Fa Cai di Pekan Tenom ini disertai oleh YB Datuk Radin Malleh, YB Datuk Raimie Unggi, pemimpin-pemimpin masyarakat dan tokoh-tokoh politik Barisan Nasional setempat dan pengikut menarik perhatian para peniaga dan pejalan kaki di pekan berkenaan.
Rombongan sedang berkeliling pekan beramah mesra dengan masyarakat.

Tambahnya lagi, Parti Bersatu Sabah merupakan parti berbilang bangsa turut dianggotai oleh masyarakat Cina. Justeru itu tidak hairanlah kenapa para pemimpin parti ini turut menyambut perayaan ini dan dimasukkan dalam kalender aktiviti parti. Hubungan erat dan muhibah sebegini wajar diteruskan memandangkan perpaduan kaum merupakan teras kedaulatan dan kemakmuran negara.
 Suasana mesra terjalin sempena Market Walk di Keningau.
Terdahulu Pn. Sabini telah menyertai aktiviti yang sama di Bandar Keningau pada 15 Januari yang diketuai oleh YB Tan Sri Datuk Panglima Joseph Pairin Kitingan. Beberapa peserta rombongan PBS Kemabong melahirkan sokongan padu kepada kegiatan seumpama ini memandangkan peranan dan sumbangan masyarakat Cina wajar dihargai disamping diiktiraf sebagai penduduk Malaysia yang produktif.
Kemeriahan Gong Xi Fa Cai sinonim dengan warna merah dan kemakmuran.
“Kita berharap pada Tahun Arnab ini, kita mendapat kemakmuran dan rezeki yang berkelimpahan. Kita turut berharap agar semanggat tolak ansur dan kerjasama serta setiakawan menjadi teras perpaduan kaum dan kestabilan negara. Saya mengucapkan ‘Selamat Tahun Baru Cina’ kepada masyarakat Cina,” kata Pn. Sabini.
 Datuk Radin, Datuk Raimie dan beberapa pemimpin berbincang bagaimana 
mewujudkan ruang letak kereta di salah satu lorong di Pekan Tenom.
Menurut Pn. Sabini, pada tahun ini dia berhasrat untuk lebih proaktif mendekati rakyat ke akar umbi dan berikrar menjadi saluran keperluan rakyat. “Saya tahu rakyat mahukan pembelaan dan perhatian. Sebagai pemimpin, saya mahu mereka diberikan keutamaan. Saya ingin berusaha untuk mereka dan berharap mereka akan memberikan sokongan yang padu.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: