Saluran Rakyat

En. Pakot sedang menyerahkan dokumen tambahan dalam memorundum


Salah satu masalah rakyat yang banyak diputar belitkan dan dijanjikan dengan pelbagai tawaran muluk oleh pihak pembangkang ialah isu tuntutan tanah adat. Isu ini jika tidak diberikan perhatian sewajarnya berkemungkinan dapat menjejaskan peluang BN. Beberapa penduduk yang ditemui melahirkan rasa kesal sebab tuntutan mereka sebelum ini tidak mendapat hasil yang memuaskan.


En. Abab Mayah menerangkan kepada En. Sabpinar (Bendahari Pemuda) dan 
En. Julius Suab (Bendahari Bahagian) asal usul tanah adat yang dituntutnya.

Tanah Adat merujuk kepada kawasan tanah tertentu yang pernah atau sedang diusahakan oleh penduduk. Terdapat dua senario sehingga terjadinya tuntutan tanah adat, yang pertama ialah tanah yang pernah diusahakan namun ditinggalkan samaada atau arahan kerajaan terdahulu atau menyahut seruan kerajaan terdahulu untuk tinggal dekat dengan bandar atau masalah tertentu. Biasanya mereka meninggalkan kawasan berkenaan sekitar 70 hingga 30 tahun yang lalu.

Senario kedua meliputi kejadian di mana penduduk telah mengusahakan tanah berkenaan sejak sekian lama. Mereka tidak meninggalkan kawasan petempatan dan pertanian mereka namun kawasan berkenaan telah di rizabkan sebagai milik SFI atau Hutan Simpan Kelas 2. Di Kampung Kapulu misalnya, penduduk telah beranak pinak namun sekolah dan petempatan serta kawasan pertanian mereka tidak dibenarkan untuk dikeluarkan geran.

En. Gambar dan En. Andubat serta Pn. Solor adalah ketua-ketua penuntut
di kawasan tanah adat yang berbeza. 

Kononnya terdapat ura-ura mereka akan dihalau atau ditangkap oleh Jabatan Perhutanan kerana menceroboh hutan belukar kampung di sekitar yang dianggap sebagai Hutan Simpan Kelas 2. Kehidupan para penduduk kampung di Rundum, Sumambu, Kapulu, Katubu dan Tilis ini seumpama berada dalam delima.

Melihat masalah ini, pihak PBS bahagian mengambil inisiatif untuk mengumpul semua tuntutan penduduk berkaitan dan mengemukakan kepada pihak parti untuk menyampaikan rintahan mereka dalam bentuk memorundum kepada pihak kerajaan negeri. Lagi pula ahli penuntut tidak dibataskan kepada ahli parti tertentu sahaja.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada tuntutan itu. Kita bersyukur jika tuntutan mereka dilayan dan diberikan pertimbangan sewajarnya. Namun PBS tidak mempunyai kuasa untuk menjanjikan usaha ini berjaya. Banyak kemungkinan boleh berlaku. Sebagai parti rakyat, PBS tidak segan silu untuk menjadi saluran rakyat,” kata Pn. Sabini Ansumor.

“Kita memang ada berhubung dengan pusat (parti), mereka galakkan kami mengusahakannya. Kita juga sedar banyak juga pengorbanan wang ringgit dipikul oleh pihak penuntut. Pn. Sabini turut mengeluarkan wang sendiri membiayai sedikit belanja pengurusan. Ini pengorbanan bersama yang ikhlas demi untuk masa depan generasi akan datang,” kata En. Julius Suab, Bendahari Bahagian.

“Setakat ini pelbagai kata nista dan juga andaian yang melemahkan semanggat kedengaran dari pelbagai pihak, samaada dari parti tertentu atau orang perseorangan. Kata-kata mereka ada yang sangat prajudis dan menafikan hak rakyat untuk bersuara. Saya yakin sebagai rakyat, kita boleh bersuara. Sebagai rakyat kita boleh mencuba. Sebagai rakyat yang berparti kita boleh menyuarakan permasalahan rakyat. Tak perlulah menyalak di luar,” kata En. Florentius Alex.

Difahamkan bahawa Draf Memorundum ini pernah dikemukakan kepada Timbalan Ketua Menteri untuk semakan namun kerana banyak kekurangan maka diarah untuk dimantapkan lagi. Pn. Sabini Ansumor merayu semua penuntut dan ahli Jawatankuasa dapat memainkan peranan supaya niat baik ini dapat dikemukan segera kepada pihak berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: